Pelakon Indonesia, Pevita Pearce mengakui sangat teruja dengan wataknya di dalam filem, Sebelum Iblis Menjemput.

Katanya, mendapat satu watak yang karakternya berubah-rubah merupakan idamannya sejak dahulu lagi

“Personaliti Maya (wataknya) yang kompleks dan berubah-rubah bagi saya merupakan satu perkara yang mencabar namun seronok untuk dilakukan apatah lagi saya dapat bermain dengan karakternya itu.

 

“Lagipun kalau kita lihat karakter Maya dalam filem itu sangat rapuh tetapi memiliki defense untuk mengintimidasi orang yang mengintimidasi dia. Ia agak sukar namun sangat seronok melakonkan wataknya itu.

 

“Kerjasama dengan pengarah juga sangat membantu saya untuk ‘build the character’, ketika saya dipanggil bekerja dengannya, saya dengan mengatakan ‘you know what pak, I want to look crazy, I want to be crazy, I want to challenge myself,” katanya kepada MH.

Pevita berkata demikian ketika ditemui di Malam Gala Sebelum Iblis Menjemput di MM Cineplax, E-Curve pada Khamis.

[GAMBAR] “I Want To Look Crazy, I Want To Be Crazy,” – Permintaan Pevita Pearce Untuk Filem Sebelum Iblis Menjemput

IKLAN

[GAMBAR] “I Want To Look Crazy, I Want To Be Crazy,” – Permintaan Pevita Pearce Untuk Filem Sebelum Iblis Menjemput

Kongsinya Pevita lagi, dia dan krew penggambaran tidak pernah ‘dikacau’ sepanjang bekerja di set penggambaran di Jakarta, Bogor dan Puncak.

IKLAN

“Semasa shooting sangat tenang mungkin kerana jalan cerita yang cukup berat dan ‘intense’ membuatkan semua orang di set sangat fokus dengan kerja masing-masing.

 

“Mungkin, ‘ada’ yang mahu mengganggu tapi bila kita sudah terlalu fokus membuatkan kita tidak perasan,” katanya lagi.

[GAMBAR] “I Want To Look Crazy, I Want To Be Crazy,” – Permintaan Pevita Pearce Untuk Filem Sebelum Iblis Menjemput

IKLAN

Filem Sebelum Iblis Menjemput turut tersenarai di dalam 10 filem yang memperolehi jumpah penonton tertinggi untuk tahun ini di Indonesia. Sehingga hari ini jumlah penontonnya sudah melebihi 1.12 juta setakat ini.

Diarahkan oleh Timo Tjahjanto, filem ini juga dibarisi dengan pelakon-pelakon seperti Chelsea Islan, Pevita Pearce, Samo Rafael, Karina Suwandi, Ray Sahetapi, Hadijah Shahab dan Ruth Marini.

Foto/ Instagram: Pevita Pearce & sendiri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI