[GAMBAR] “Dulu Suka Sekarang Cinta,”- Isteri Lan Solo Muat Naik Foto Throwback Cinta Monyet, Sweetnya!

Kalau dah jodoh, tak ke mana. Begitulah kata yang sesuai ditujukan buat pasangan Lan Solo dan isteri, Nur Sheila Hassim.

Baru-baru ini, Sheila telah berkongsi gambar ‘throwback’ 19 tahun lepas bersama Lan ketika di sekolah menengah.

“Masa ni aku je suka kat dia sbb aku rasa dia eksotik!

Skrg sape rasa nak suka dia.. Amik la… Sbb aku dah tak suka…

 

Tapi aku CINTA… Okbai.. #1999 #SMKLembahKeramat #19yearsAndStillCounting,” tulisnya di ruangan kapsyen.

IKLAN

Susulan itu, netizen turut gembira diatas perkenalan mereka sejak di bangku sekolah lagi.

 

Tambahan pula, ada juga netizen yang mendoakan kebahagiaan mereka bersama.

IKLAN

Lan dan Sheila mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2009.

Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 8, Nur Amna Qeesyara, 6, Muhammad Akid Qassyaff, 4 dan Nur Amna Quxandra, 8 bulan.