Bukan itu sahaja, perkongsian bintang berusia 45 tahun itu mendapat perhatian daripada peminat dan rakan artis.
Malah, ada di antara komen yang mengusik sama ada bintang ini rindu untuk hamil lagi dan ada di antara reaksi mendapat respon tuan badan.
Ads
Imbas kembali, Shiera pernah berkahwin bersama Jatt, vokalis Black Dog Bone dan dikurniakan seorang anak perempuan, Allisya, 22.
Selepas itu, Shiera mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ijoy Azahari pada 28 Februari 2003 dan dikurniakan empat orang anak iaitu Airell , 15, Airra, 12, Audra, 10, dan Adeena, 2.
Foto: Instagram Shiera Ijoy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi popular, Misha Omar ada memuat naik satu rakaman video menerusi akaun Instagram miliknya.
Figura yang sinonim menerusi lagu Bunga-Bunga Cinta ini telah pun menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-38.
Lalu bintang asal Kelantan ini ada meluahkan rasa syukur atas nikmat yang dikurniakan olehNya.
“M I S H A O M A R, T I G A P U L U H L A P A N, H A R I I N I … Alhamdulillah, tiada kata secantik bahasa dpt menggambarkan betapa saya sgt bersyukur masih di sini meraikan hari ulangtahun bersama ahli keluarga, teman-teman yg setia menemani kak mitch di sepanjang kembara seni kak mitch selama ni.
“Kak Mitch percaya, apa jua yg kak mitch miliki pada hari ini berkat nya jua datang dari kalian yg selalu memberi pandangan yg baik, kata-kata yg baik dan mendoakan yg baik-baik juga untuk kak mitch sekeluarga.
“Terima kasih tau..cuma Allah saja mampu balas ingatan & kasih sayang kalian…kalian lah antara hadiah yg terbaik dalam hidup kak mitch…alhamdulillah..allah hu akbar!! terima kasih…..,” tulisnya.
Masih lagi dalam pengajian Sarjana Pendidikan Kanak-Kanak di University of Leeds, United Kingdom, Farah Lee bagaimanapun menyatakan bakal meninggalkan bandar tersebut.
Dia turut meminta pandangan dan nasihat teman rapat berkenaan masalah yang dihadapi.
Malah selepas pulang daripada menunaikan ibadah Haji Disember lepas, dia melakukan solat istikarah memohon petunjuk.
“Babai Argie Avenue, Leeds. Remember Farah bagitau haritu nak stay a bit longer in Leeds.? Actually was still contemplating whether to extend stay or to chow sebab both were seriously similarly 50-50 pros and cons.
“Those close to me selalu jadi mangsa counter pertanyaan untuk bagi nasihat pada Farah supaya stay ke tak kekeke.
“Banyak lah reasons to stay dan banyaklah jugak reasons not to stay. Memang boleh kemurungan k nak decide.
“Last 2 weeks masa buat Umrah (end of Dec) Farah still tak decide, therefore Farah still tak apply extension visa (visa habis 30 Jan).
“Masa Umrah Farah banyak istikharah dan minta Allah mudahkan jalan yang terbaik untuk Farah dan teguhkan hati Farah untuk pilih jalan tersebut,” jelasnya.
Biarpun pada mulanya keberatan untuk memilih sama ada untuk terus menetap atau berpindah, namun disebabkan tidak berjaya memohon nombor pendaftaran CAS, dia reda.
Banyak yang Farah tanya bagi nasihat untuk stay, alang2 dapat visa clearance. After a week balik Umrah, Farah pun hantar lah application for CAS no. Nak jadi cerita, eh tetiba International Office cakap untuk taught course kalau nak extend Home Office punya requirement kena apply dari home country.
“Padiaaa kuangjaq suruh aku balik then datang balik pulak kau khen.
“Some advised supaya Farah appeal but since Farah pun takdelah nak stay sangat and since Farah busy sangat dengan thesis writing rn malas nak serabut Farah pun decide lah taknak stay UK (read: taknak stay UK ya bukan balik Malaysia),” terangnya panjang lebar.
Tambah bekas isteri kepada Ally Iskandar ini lagi, dia bakal ke Norway bersama anaknya dan mengambil keputusan untuk menyempurnakan tugasan tesis di sana.
“InshaAllah moga ni yang terbaik untuk Farah dan Maream. Maream now dah selamat melarikan diri ke Norway, Farah akan menyusuri end of this month *sambung kemas rumah*
Sekadar imbasan, Farah berangkat ke United Kingdom untuk melanjutkan pengajian dalam peringkat Sarjana Pendidikan Kanak-Kanak di Universiti Leeds pada September 2018.
Foto : Instagram Farah Lee
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Memetik laporan Berita Harian, Prince Harry dan isteri, Meghan bersetuju melepaskan gelaran diraja dan penerimaan dana awam dalam persefahaman dengan Ratu Elizabeth.
Pasangan ini tidak lagi akan menggunakan gelaran ‘Yang Mulia’ dan Duke dan Duchess of Sussex serta akan menghabiskan masa di Kanada.
Ratu Elizabeth bertitah bahawa keputusan itu dicapai selepas rundingan dan persefahaman dicapai bagi menyokong keputusan mereka untuk jalani kehidupan yang lebih bebas.
Dengan keputusan ini, pasangan ini tidak lagi menggunakan gelaran diraja bagi tujuan rasmi dan dianggap tidak lagi sebagai mewakili anggota keluarga diraja.
Mereka juga perlu membayar balik RM12.5 juta wang pembayar cukai yang digunakan bagi mengubah suai kediaman sebelum ini.
Sumber : Berita Harian & Getty Image
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang individu yang melabelkan dirinya dan rakan-rakan usrah sebagai ‘rapist enabler’ hanya kerana bergambar bersama isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed iaitu Hana Ismail.