![[GAMBAR] Bawa Orang Gaji Ronda KL, Termasuk Lokasi Memori Kahwin, Penyayang Sungguh Hati Datin Rebecca!](https://cdn.mediahiburan.my/2019/05/whatsapp-image-2019-05-23-at-1.45.41-pm-1-23_24_546989.jpeg)
Pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al-Islam telah berkongsi beberapa keping gambar menerusi laman Instagram miliknya.
Kongsi Rebecca, dia telah meluangkan masa bersama anak-anak dan pembantu rumahnya dengan bersiar-siar di sekitar kota Kuala Lumpur.
“Showing my kids and Helpers the venue of my wedding reception a few years ago How time flies #MenaraKualaLumpur#menarakualalumpurtower#menaraberputarkualalumpur ….
“#mrsazam #memoriesIn2011#16012011 ….Selamat Malam Dunia ,Selamat Malam Malaysia …Selamat Malam Kuala Lumpur”
Lantas, perkongsian pelakon yang berusia 33 tahun itu telah menerima pujian daripada peminat.
Rata-rata peminat memuji Rebecca yang bersikap penyayang dan murah hati terhadap pembantu rumahnya.
Foto : Instagram Rebecca Nur Al-Islam