Bapa kepada pelakon Syafiq Kyle, Abdul Razak Husin, 55, terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba tidak sedar diri sebaik menghadiri majlis ramah mesra anjuran anaknya itu bersama para peminat di sebuah pusat karaoke di Subang, sekitar jam 9.00 malam tadi.

Dalam majlis yang bermula jam 8.00 malam itu, bapa kepada pelakon berkenaan turut sempat menyanyikan sebuah lagu sebelum rebah.

Kejadian yang berlaku secara tiba-tiba turut mengejutkan peminat yang hadir.

IKLAN

Turut berada di tempat kejadian ialah isterinya, Ruhaya Sulaiman, 55. Syafiq yang hadir beberapa minit selepas kejadian turut terkejut dengan apa yang berlaku.

Pengurus kepada hero Langsuir itu, Shawn Amer memberitahu, dia difahamkan bapa kepada aktor berkenaan mempunyai sejarah penyakit darah tinggi.

IKLAN

“Saya difahamkan oleh ahli keluarganya, bapa Syafiq ada sejarah darah tinggi. Syafiq sendiri yang menghantar bapanya ke hospital sambil ditemani ibu.

 

“Harap semuanya dipermudahkan dan tiada yang buruk berlaku. Sama-sama kita doakan agar semuanya baik,” katanya kepada MH.

[GAMBAR] Bapa Syafiq Kyle Dikejarkan Ke Hospital Selepas Rebah

[GAMBAR] Bapa Syafiq Kyle Dikejarkan Ke Hospital Selepas Rebah

IKLAN

[GAMBAR] Bapa Syafiq Kyle Dikejarkan Ke Hospital Selepas Rebah

Foto: MH

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI