Tanggal 9 Mei yang lalu, selain daripada hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), tarikh itu juga turut diadakan konsert daripada penyanyi popular antarabangsa, Bruno Mars pada sebelah malamnya.

MH lihat ramai selebriti yang menghadiri konsert Bruno Mars ini dan telah berkongsi kenangan manis mereka ke konsert itu di media sosial masing-masing.

Walaupun konsert itu sudah beberapa hari berlalu, namun malam semalam pelakon kacak, Kamal Adli telah berkongsi di akaun Instagramnya bahawa bekas kekasihnya yang juga seorang pelakon popular, Emma Maembong telah menghadiahkannya tiket ke konsert tersebut bersempena hari jadinya.

Kamal di ruang kapsyen telah mengucapkan terima kasih kepada Emma untuk hadiah tersebut kerana dia sememangnya sangat meminati penyanyi antarabangsa itu.

IKLAN

A post shared by K.A (@kamaladli) on

“this girl know that im a big fan of BRUNO MARS! so my birthday gift is bruno mars ticket concert!!! aargghhh ? tqq so soo muchh!! #fanboyishappy @emma_maembongofficial #crywatchingbrunomars #24kmagicworldtour @brunomars,” tulis Kamal.

Dalam pada itu, di ruang komen pula MH lihat ramai peminat yang seronok melihat dua pelakon kesayangan mereka ini dan ada juga yang mengusik dengan menyuruh mereka cepat-cepat berkahwin.

mhmmdfzll: sweet ar.m cpt cpt lah naik pelamin

IKLAN

zoieyzacharrin: Marry her than @kamaladli

faridahyaziz: Kawen cepat please korang dua.

IKLAN

Apapun, MH doakan yang baik-baik buat Kamal dan Emma semoga persahabatan mereka berkekalan sampai bila-bila. 

MH juga mengucapkan selamat hari jadi buat Kamal, semoga panjang umur dan sentiasa dilimpahkan rezeki yang murah.

Sumber: Instagram Kamal Adli

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI