Mengakui Ramadan tahun ini merupakan satu kelainan ketara sementelah bergelar anak seni, kesibukan kerjaya membuatkannya terpaksa atur masa di antara seni serta aktiviti ibadah sepanjang ramadan.
Ulas Adam Lee ketika ditemui pada majlis Sidang Media & Tayangan Perdana Program Raya Astro 2019 bertempat di Hotel Majestic, Kuala Lumpur,baru-baru ini, jadual aktiviti harian terlalu sibuk sehingga sukar melaksanakan solat terawih.
“Ramadan tahun ini rasa dukacita sebab ada ketika kurang dapat laksanakan terawih macam sebelum ini.
“Memang betul pilihan di tangan sendiri. Tapi ia semuanya terletak dalam diri. Macam saya, kena ubah diri. Perlu banyak belajar, buat yang terbaik,” ulasnya kepada MH.
Akur nama masih terlalu mentah dan sukar bersaing dengan nama besar, namun dia rela perjalanan seni bergerak perlahan.
Malah, bintang tinggi lampai ini turut menegaskan tidak sekali-kali menggunakan kontroversi untuk dikenali.
“Prinsip masuk dalam industri, memang orang kata susah sebab ada benda yang kita tak boleh buat. Kita kena jaga batas dan kenal diri.
“Jangan lakukan sembarangan, jangan lakukan benda tak sepatutnya. Kita ikut landasan yang betul.
“Ramai yang menggunakan kaedah kontroversi panasa untuk cepat naik, tapi rezeki Allah luas. Saya bukanlah baik sangat, Islamik sangat.
“Cuma bagi saya, hanya jadi diri. Kalau ada yang terasa hati, saya minta maaf. Ada yang tak suka, mulut orang kita tak boleh tutup,” tambahnya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelbagai persepsi timbul apabila pelakon, Ruhainies sering berkongsi foto melancong ke luar negara bersama sang kekasih.
Sedar akan prasangka netizen, dia mengakui sukar untuk mengelak daripada kecaman, lebih-lebih lagi apabila berkongsi foto berdua dengan si dia.
Namun tegas Ruhainies, dia tidak pernah sekalipun dia bercuti berdua. Sebaliknya, setiap percutian pasti akan ditemani ahli keluarga lainnya.
“Setakat ini tak pernah lagi cuti berdua dengan dia. Semua dengan keluarga atau saya akan bawa ibu atau dia bawa mak dia.
“Cumanya, kalau di sini, adalah kami keluar berdua,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, pelakon Jejak Karmilla ini juga tidak boleh menolak persepsi orang di luar sana.
“Takut orang salah sangka. Tapi memang kita tak boleh nak elak semua itu.
“Sebab itu saya akan kongsi gambar dengan keluarga supaya orang tak fikir bukan-bukan,” jelasnya lagi.
Ditanya mengenai sampai bila dia mahu ‘menutup’ wajah dan identiti si dia dari pengetahuan umum, Ruhainies punya jawapan sendiri.
“Bila dah jadi hak milik, saya akan tunjuk siapa dia. Saya tak tunjuk sebab tak mahu mulut-mulut jahat berkata-kata “ala bukan elok sangat pun kekasih dia”.
“Jadi lebih baik tutup jadi orang tak tahu siapa dia.
“Kalau dah kahwin nanti, misalnya orang nak cakap buruk juga, kita tak boleh nak cakap apalah. Mulut orang tak boleh tutupkan? Tapi buat masa sekarang, biarlah begitu,” akhirinya.
Terdahulu,Ruhainies ditemui pada majlis Sidang Media & Tayang Perdana Program Raya Astro 2019 di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Mengambil kempen ‘Sempurna Seadanya’ bagi Aidilfitiri tahun ini, Astro cuba menawarkan variasi program istimewa di semua platfrom merangkumi rancangan hiburan televisyen, radio, sukan, kandungan premium & digital dan banyak lagi.
Antara program menarik yang bakal disajikan sepanjang musim perayaan nanti termasuklah Hantu Kak Limah, Polis Evo 2, Dukun, Gegar Vaganza Raya Muzika dan banyak lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...