Satu foto terkini yang dimuat naik pelakon dan penyanyi, Nur Fazura di Instagram bersama permata hatinya, Nur Fatima Aisya mendapat perhatian wargamaya.
Meski tidak berkongsi foto penuh wajah bayi perempuannya itu, namun para peminat sudah pun teruja malah memuji kecomelan si kecil yang dilahirkan pada 2 Oktober lalu itu.
Fazura yang dirakam sedang membelai Fatina yang lengkap mengenakan persalinan rona merah jambu cair itu menerima reaksi pelbagai peminat.
Ads
Antaranya;
Ads
Ads
Imbas kembali, Fazura dan suaminya yang juga pelakon dan penyanyi, Fattah Amin mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Foto: Instagram Fazura
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Satu perkongsian foto di akaun Instagram bintang versatil, Elly Mazelin nyata mencuri perhatian ramai.
Apa tidaknya, momen kandid yang menyaksikan suami, Cikgu Azlan yang sedang merakam foto bapa mertuanya, Syed Hanafi Syed Abdullah mencuti hati peminat.
Dalam kapsyen berseloroh, penyanyi 4 Dara 2020 ini turut menyatakan hubungan akrab yang terjalin di antara suami dan bapanya yang dipanggil Abah.
“Kemain pak mertua & menantu. Seronok tengok, macam kawan dekat rumah.
“Tengok motor sama-sama, tengok F1 sama-sama.
“Suami tukang ambil gambar tu dah selalu sangat,” jelasnya.
Lalu, keharmonian mereka sekeluarga mendapat reaksiwargamaya yang rata-ratanya menyatakan perasaan tumpang bahagia.
Elly terdahulu menerusi media turut menyatakan keserasian di antara mereka berdua selain bersama puteri tunggal, Sara Sephia menjadi antara sebab dia melihat Cikgu Azlan sebagai lelaki terbaik di dalam hidupnya.
Elly dan Azlan mendirikan rumah tangga pada 18 Januari lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sebagai penghargaan kepada perkerjanya, usahawan terkenal, Asyraf Khalid telah menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada salah seorang perkerjanya.
Anak tiri kepada penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza itu memberitahu, pemberian berkenaan adalah sebagai dedikasi serta kesetiaan lelaki yang dikenali sebagai Hazry Hazmi itu yang sudah setia bersamanya sejak tiga tahun lalu.
“Tahniah @hazryhazmi for your new Audi.
“Alhamdulillah, syukur, this year is a special year for us, this is the 3rd car that our company has given to our team member.
“Hazry is the only person that stood by me for the last 3 years. He was always there for me, and he is like a brother to me.
“We used work together till late night, used to work out together, eat together, and he was the person i would always tell my dreams to other than my wife Tya.
“He would just listen to my dreams and give me some words of advice, eventho sometimes his advice can be really funny.
“His 1st day of ‘work’ was at my dad’s house, then we moved my ‘office’ to my house in cyber, we then moved again to a shoplot in Cyberjaya, & now, we’re in our own Wisma.
“People have come and go, a lot of things has changed, but Hazry is still there with me.
“I value loyalty & hardwork, & you have both of that @hazryhazmi . Enjoy you car !,” tulisnya dalam satu kapsyen berbahasa Inggeris.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Asyraf sebagai seorang majikan.
Foto: Instagram Asyraf Khalid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid ada berkongsikan momen istimewanya bersama suami tercinta, Raf Yaakob bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga.
Lengkap mengenakan persalinan sedondon merah, pasangan selebriti ini dilihat meraikan hari bahagia dalam suasana makan malam yang penuh romantik.
Malah, Mawar yang kini sedang sarat hamil anak kedua turut menitiskan air mata kerana tersentuh atas kejutan yang diberikan Raf.
“Genap 3 tahun kite berumah tangga Radenku. Happy 3 years anniversary Cinta hatiku.
“Tadi dah wish mcm2 kan.. hehe.. JazakALLAHu khaira papalove. Kali ini dpt surprise mmg die punye tersentuh tu, lain macam. Air mata x stop tadi.
Sementara menerusi satu hantaran lain, Mawar turut mendedahkan rupa cincin tunang dan kahwinnya sebagai pengikat kasih sayang.
“Lama x pakai wedding ring & engagement ring. Beg ni hadiah dari hubby dulu2 masa g London.. anje doa moga rezeki abg limpah2 @rafyaakob,” harap Mawar.
Imbas kembali, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael Mac tahun lalu.
Foto: Instagram Mawar Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...