Selain daripada Fattah dan Fazura yang menjadi perhatian para netizen sejak drama bersiri Hero Seorang Cinderella yang telah ditayangkan di saluran Astro, nama dua pelakon yang turut berganding bersama #fattzura iaitu Uqasha Senrose dan Fikry Ibrahim juga semakin mendapat tempat dihati peminat.

Baru-baru ini, Uqasha ada memuatnaik satu video di akaun Instagramnya dan video tersebut telah merakamkan perbualan di antara dirinya dan Fikry.

Di dalam video tersebut, Fikry menyatakan bahawa dia suka melihat dahi Uqasha sambil tersenyum.

“Saya suka tengok dahi awak,” kata Fikry

Uqasha turut ketawa selepas mendengar kata-kata Fikry itu dan berkata,

IKLAN

“Dalam banyak-banyak muka saya yang dia paling suka sekali adalah dahi saya,” kata Uqasha.

Sempat pula Fikry mengatakan dahi Uqasha seperti ‘bonggol’ namun Uqasha berkata dia bersyukur dengan kurniaan tuhan kepadanya.

“It’s ok, tak kisah pun, tuhan bagi so kita bersyukur je dengan apa yang tuhan bagi,” ujar Uqasha lagi.

 

Suka sakat orang . ?

A post shared by UQASHASENROSE (@uqashasenrose2) on

IKLAN

Lucu melihat dua pelakon ini bergurau sebegitu. Nampaknya chemistry yang dibina untuk drama Hero Seorang Cinderella telah membuatkan kedua-dua pelakon ini semakin rapat.

Terdahulu di dalam drama Hero Seorang Cinderella, Uqasha dan Fikry memegang watak sebagai pasangan kekasih.

IKLAN

Lakonan mereka itu menjadi dan terus mendapat perhatian daripada peminat drama tersebut sehinggakan ada yang mahukan mereka berkahwin secara sah.

Memang tidak dapat dinafikan lakonan Uqasha dan Fikry berjaya di dalam drama tersebut.

Sumber: Instagram Uqasha Senrose

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI