Susulan tindakan Elly Mazlein memuat naik entri ‘pedas’ berhubung isu mempertahankan hak anak terhadap nafkah dan persiapan hari raya tahun ini terhadap bekas suami menerusi Instagram, isteri kepada Azmi Hatta, pelakon Faye Kusairi pula tampil mempertahankan suaminya.

Menerusi akaun Instgaram (IG) peribadi, Faye menulis;

“Terima kasih atas segala teguran mahupun yg mencaci, memaki dan menghina. Terima kasih juga bagi yg mengatakan saya dan suami hidup mewah. Saya ambil kata kata itu sebagai satu doa. InshaAllah, Aamiin.

 

“Kalau sudah hidup mewah nanti, InshaAllah lagi mudahlah urusan suami nak bayar segala segala apa yang patut tanpa sekatan. Anak anak Kak Yanti dan Elly semua dapat secara adilnya.. ini cerita kalau dah mewah lah. Tapi kalau dah ada yg mendoakan, Alhamdulillah. Bolehlah kita meng – aamiin – kan agar dipermudahkan dan lancar rezki suami saya demi anak anak masing masing.

 

“Kalau dok hentam kiri kanan atas bawah, macamanalah org tu nak dpt job… nak dpt duit nk bayar itu ini… logik lah kan? Jadi, harap paham paham sendiri je lah ye.

 

“Saya ni bukanlah orang yg suka menunjuk nunjuk. Namun rasanya ada jugak hamba Allah ni pernah post gamabr rumah kami kat ig dia. Rasanya nak tunjuklah kot kemewahan saya dan suami ni.. Nak tanya jugak, mewah ke? Tho, I’m pretty much sure your caption says it all. Kalau dah takde, mungkin dah delete lettew. Hehe.. Its ok,” tulisnya.

Pada masa sama, pelakon berkenaan juga turut memberitahu, dia tetap bersyukur dengan rezeki, selain mengharapkan masing-masing dapat mencari jalan penyelesaian sebaik mungkin.

IKLAN

“Rezki Allah beri tetap saya bersyukur. Be it rezki orang yg percayakan saya mahupun yg menegur dgn apa jua cara sekali..Including yg memaki, mencaci dan menghina saya. Mungkin itu cara kalian dibesarkan. Jadi, inshaAllah.. kami cuba hadamkan.

 

“Sama juga dugaan dan cabaran dariNya. Saya tetap terima dengan hati yg rela. Coz I believe in His hikmah. Allah is Almighty. Kalau salah saya utk percayakan ajaran yg diajar oleh agama kita, saya minta maaf. Apa yang saya mampu lakukan buat masa ni hanyalah doa yg baik2 buat suami, keluarga dan kalian sahaja.

 

“Semoga masing masing mendapat jalan penyelesaian yg terbaik secepat yg mungkin. Aamiin. You are who you are; magnified, this Ramadhan. Selamat Berpuasa,” akhirinya.

Faye Kusairi Tampil Pertahan Suami Terhadap Kata-Kata Pedas Elly Mazlein di IG?

Sehingga kini, posting berkenaan sudah pun menerima hampir 7,000 tanda suka dengan lebih 700 komen dari para pengikutnya di platform Instagram.

IKLAN

Foto: Instagram Faye Kusairi

IKLAN

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI