Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu buat pertama kalinya dimenangi oleh parti pembangkang iaitu parti Pakatan Harapan setelah lebih 60 tahun negara Malaysia dipimpin oleh parti Barisan Nasional sebagai kerajaan negara.

MH dapati ramai yang meluahkan rasa gembira apabila Pakatan Harapan berjaya mengambil alih pimpinan negara sekaligus mengangkat bekas Perdana Menteri yang keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri yang ketujuh.

Golongan artis juga dilihat semakin ramai yang berani bersuara selepas kerajaan negara bertukar tangan kerana dahulu mungkin mereka disekat untuk bersuara.

Baru-baru ini, menerusi akaun Instagram milik pelakon popular, Fauzi Nawawi, dia telah mengucapkan terima kasih kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana telah memimpin negara selama sembilan tahun.

IKLAN

Tambahnya lagi, banyak juga perubahan serta bantuan yang diberikan kepada rakyat walaupun hanya segelintir pihak sahaja yang mendapat bantuan tersebut.

IKLAN

Salam 1 Malaysia perkataan sinonim dgn DS Najib , saya mengambil kesempatan ini utk mengucapkan ribuan terima kasih sepanjang 9 tahun menjadi perdana menteri Malaysia.yg banyak juga perubahan dan bantuan, walaupun kami tak pernah dapat duit BR1M. 

Saya dan rakan2 Artis lain agak rasa tertekan dgn GST .. dan INCOMETAX back dated utk 10 tahun .. ?. Sekadar meluahkan yg terbuku.. apa pun kami gagahkan sehingga HARI ini ternyata sudah terjawap LUAHAN kami . 

Sempena menyambut ramadhan yg mulia ini kami susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika termaki, termengata atau yg sama waktu dgnnya … harap DS @najib_razak dapat Maaf kan saya sekeluarga, KAMI juga mendoakan agar Ds @najib_razak sentiasa dilindungi ALLAH SWT. Insyaallah ALLAH akan balas segala jasa dan kebaikan DS selama ini , DS @najib_razak dah lakukan yg terbaik sepanjang memerintah tetapi Ada yg lebih baik ALLAH telah tetapkan kerana dialah PEMERINTAH YG SEBENARNYA .. wasalam#maafkansaya #lovemalaysia
P/s : DUNIA BUKAN TEMPAT TINGGAL TAPI TEMPAT MENINGGAL

MH pasti ramai di antara kita yang turut merasakan perasaan yang sama seperti Fauzi. Namun begitu seperti apa yang pelakon ini katakan ianya hanyalah sekadar luahan hatinya sahaja.

IKLAN

 

Apapun kita doakan agar kerajaan baru ini dapat mengurangkan beban rakyat dan memimpin negara sebaik yang mungkin.

Sumber: Instagram Fauzi Nawawi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI