Taniah buat pasangan selebriti, Fattah Amin dan pasangannya, Nur fazura yang difahamkan sudah pun selamat diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri sekitar jam 9.50 malam tadi dengan sekali lafaz.

Khabarnya juga, majlis yang diadakan secara tertutup itu, hanya dihadiri ahli keluarga dan teman terdekat dan majlis tersebut telah dilangsungkan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Dengan Sekali Lafaz, Fattah, Fazura Sah Bergelar Suami Isteri

Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini turut mengumumkan bahawa mereka sudah bertunang pada 13 November lalu dan sekali gus menafikan sudah mendirikan rumah tangga seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Menerusi sidang media yang telah diadakan sejurus kembali dari tanah suci selepas menunaikan umrah itu lagi, pasangan ini juga mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat dan akan melangsungkan dua majlis resepsi tahun hadapan.

Dengan Sekali Lafaz, Fattah, Fazura Sah Bergelar Suami Isteri

MH nak kongsikan kronologi percintaan pasangan hangat ini buat anda yang ingin tahu.

IKLAN

Fattah Amin, 27, dan Nur Fazura Sharifuddin, 34, mula menjadi perhatian selepas digandingkan dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella, Mei lalu.

Persahabatan yang terjalin berterusan apabila kedua-duanya sering diundang bersama dalam acara.

Malah mereka berdua rajin berbalas-balas komen di laman sosial sehingga banyak pihak yakin mereka memang ‘sesuatu’.

Peminat mewujudkan hashtag #Fattzura. Pada 2 November, sekali lagi digandingkan dalam drama Wanita Terindah.

IKLAN

Hubungan mereka makin menjadi perhatian September lalu apabila Fazura meraikan ulang tahun kelahiran Fattah yang ke-27 pada 14 September.

Kemudian, Fazura menerima kejutan paling manis dari Fattah apabila menerima 500 kuntum mawar sempena ulangtahun Fazura yang ke 34 pada 27 September

13 November, Fattah dengan Fazura selamat bertunang pada majlis yang diadakan secara tertutup atas permintaan keluarga.

IKLAN

Jadi tidak hairanlah mengal kisah mereka lebih mendapat perhatian bukan?

MH ucapkan tahniah buat Fattah dan Fazura.

Nah #MHBelanjaGambar kronologi percintaan mereka

Dengan Sekali Lafaz, Fattah, Fazura Sah Bergelar Suami Isteri

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI