Farouk Hussain Mohon Pembangkang Jangan Kelirukan Rakyat Isu Tabung Harapan Malaysia

Minggu lalu pihak kerajaan telah menubuhkan satu tabung untuk memohon sumbangan ikhlas daripada rakyat bagi membantu meringankan beban membayar hutang negara iaitu ‘Tabung Harapan Malaysia’.

Sambutan terhadap tabung tersebut mendapat pelbagai reaksi, ada yang menyokong malah ada juga yang mengecam.

Baru-baru ini, pihak pembangkang ada mengeluarkan kenyataan bahawa tujuan kerajaan menubuhkan tabung tersebut adalah alasan untuk melengahkan janji manifesto yang telah dijanjikan sekiranya mereka menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pelakon, Farouk Hussain menerusi Instagramnya telah meluahkan rasa kurang senang dengan kenyataan daripada pihak pembangkang tersebut.

IKLAN

Farouk berkata, dia memohon pihak pembangkang tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat kerana penubuhan tabung ini tiada kena mengena dengan manifesto yang dijanjikan oleh kerajaan baru.

Rata-rata pengikut Farouk di Instagram juga turut bersetuju dengan luahan hati pelakon ini.

nurizan.ahmad: Manifesto boleh buat slow² janji selamatkan negara dulu. Sekarang nak beli air mineral kat thailand pakai duit kita pun diaorang tak mau dah. Rugi !!

itsjieylaaah: Totally agree @faroukhussain1967

IKLAN

lina_hazani: yep… i personally donate bcoz i believe in the new govt. Manifesto? aish kerajaan BN dulu lagi banyak manifesto yg x jadi…

jue_zahir: kalau rakyat xsuka dgn kerajaan skrg..xkn cecah 18juta tu..tbg tu pn ditubuhkan sbb rkyat yg mulakn dlu tuk bntu negara..xde pksaan..xde ptg gaji sna sni..nk derma ke x trplg?

Sumber: Instagram Farouk Hussain