Kalau kita dapat lihat sekarang ini netizen kebanyakannya terlalu lantang untuk berkata-kata, tidak malu untuk melemparkan kecaman serta hinaan terhadap orang lain secara terbuka di media sosial.

Beberapa hari lalu, pelakon popular, Kilafairy ada memuat naik beberapa gambar dirinya yang sedang berada di Paris, di Instagram.

Namun begitu apa yang MH dapati, segelintir netizen tanpa segan silu meninggalkan komen yang berbau lucah kerana pakaian pelakon tersebut dikatakan agak ketat sehingga menampakkan ‘asetnye’ dengan jelas.

IKLAN

Bagi MH, baju yang dipakai oleh Kilafairy tidaklah begitu menjolok mata namun begitu segelintir netizen mendakwa ibadah puasa mereka terganggu apabila melihat gambar Kilafairy.

IKLAN

Rentetan daripada kata-kata netizen itu, Kilafairy telah membalas satu komen daripada netizen dengan mengatakan jika hati mereka dan pemikiran mereka bersih sudah tentu mereka tidak akan iman mereka tidak akan tergugat melihat gambarnya.

‘Ew Kalau Hati Dengan Akal Bersih Takda Maknanya Tergugat’ – Kilafairy Balas Komen Lucah Netizen!

IKLAN

Aduh macam-macam lah netizen ni, bulan-bulan puasa pun sempat nak berfikiran ‘kuning’ lagi.

Sumber: Instagram Kilafairy

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI