Categories: Hiburan

Erika Carlina Selamat Lahirkan Anak Sulung, Kekasih Setia Di Sisi

Share

Personaliti media sosial dan pelakon Indonesia, Erika Carlina selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada Jumaat, lebih awal daripada tarikh jangkaan yang ditetapkan doktor. Terdahulu, Erika dijangka melahirkan pada 8 Ogos.

Dalam hantaran tersebut yang menampilkan gambar anaknya menggenggam jarinya, Erica menulis, “Andrew Raxy Neil. 01 August 2025.” Bersama kapsyen itu disertakan emotikon hati berwarna putih.

Lebih menarik perhatian ramai, kekasihnya iaitu DJ Bravy yang selama ini dikaitkan dengan Erika, dilihat setia menemani selebriti berkenaan sepanjang proses bersalin berlangsung.

Bravy dilaporkan mengambil keputusan untuk menangguhkan jadual persembahannya demi memberi sokongan penuh kepada Erika di hospital biarpun beliau bukanlah bapa kandung kepada bayi berkenaan.

BACA JUGA: DJ Panda Akui Dirinya Bapa Kepada Anak Dikandung Erika Carlina

BACA JUGA: Pelakon Filem Pabrik Gula Akui Hamil Anak Luar Nikah, Bakal Bersalin Ogos Ini

Menerusi foto yang kini tular di laman YouTube dan TikTok, Bravy dilihat menggendong bayi Andrew sejurus selepas kelahiran dan tidak dapat menahan rasa sebak tatkala menyentuh bayi tersebut buat kali pertama.

Erika sebelum ini mengejutkan ramai apabila mengumumkan kehamilan luar nikahnya dalam satu temu bual, dan mengesahkan bahawa DJ Panda atau nama sebenarnya  Giovanni Surya Saputra merupakan bapa kandung kepada anak yang dikandung.

Mereka sebelum ini pernah berbincang untuk bertanggungjawab terhadap kehamilan tersebut, namun membatalkannya atas sebab tertentu.

++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Published by
MFA