Categories: Hiburan

Eric Fuzi Pertahan 4U2C – “Tak Minat Jangan Kutuk…”

Share

Pelakon dan anggota kumpulan Floor 88, Eric Fuzi meluahkan rasa terkilan terhadap segelintir pihak yang mengecam penganjuran Konsert 4U2C yang berlangsung baru-baru ini.

Menurut Eric, 4U2C berhak mengadakan konsert istimewa sebagai penghargaan buat peminat yang setia menyokong mereka selama ini.

“Kenapa korang nak jadi joykiller dengan kata Konsert 4U2C syok sendiri? Hanya sebab mereka buat konsert selepas KRU? Entah apa-apalah korang ni.

“Masing-masing ada zaman sendiri. Best apa lagu-lagu 4U2C,” tulisnya menerusi hantaran di aplikasi Thread.

Jelas Eric lagi, setiap orang mempunyai citarasa muzik berbeza dan itu tidak seharusnya dijadikan alasan untuk merendahkan minat orang lain.

“Tak minat, jangan kutuk. Kitakan ada pilihan.
“Tak paksa pun untuk sokong, tapi mengutuk itu perbuatan yang tak baik,” katanya lagi.

Netizen Puji Persembahan Mantap 4U2C

Ruangan komen dipenuhi sokongan peminat yang senada dengan pandangan Eric, selain memuji persembahan 4U2C yang dianggap berjaya dan penuh energi.

Antara komen yang ditinggalkan:
“Setlist, music arrangements dan vokal best. Terima kasih 4U2C.”

“Itulah kalau tiada benda baik nak komen, elok diam sahaja dari menyakiti hati orang lain. Buat orang down.”

“Best gila show 4U2C. Tak puas.”

“Betul tu bang. Tak baik kutuk-kutuk ni. Sebarkan jelah positiviti. Tahun 2025 tahun moden dan maju tapi ramai lagi pemikiran kuno. Geram kita awak.”

Terdahulu, selepas berdepan pelbagai cabaran, 4U2C akhirnya berjaya menganjurkan konsert terbesar mereka di Idea Live Arena, Petaling Jaya dengan kehadiran lebih 3,000 penonton pada Isnin lalu.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
Aizam Manaf