Setiap manusia di dunia ini pasti pernah terfikir soal jodoh dan mempunyai impian untuk mengakhiri zaman bujang dengan insan tersayang.

Namun begitu seperti yang semua sudah sedia maklum, ajal dan jodoh itu merupakan ketentuan yang sudah ditetapkan oleh ALLAH SWT.

Pelakon cantik popular, Emma Maembong mengakui bahawa dia tidak pernah terfikir soal kahwin lagi buat masa ini namun begitu dia berkata jika ada jodoh dengan sesiapa, dia berharap jodohnya dipercepatkan.

“Saya memang tak pernah plan soal kahwin lagi tapi kalau ada jodoh tolonglah cepatkan,” katanya sambil ketawa kepada MH ketika ditemui di majlis berbuka Shopee semalam.

Namun begitu, Emma berkata jika jodohnya masih belum tiba dia hanya akan memberikan sepenuh perhatian kepada perniagaannya.

IKLAN

Pelakon ini juga sempat meminta semua untuk mendoakan yang baik-baik buat dirinya.

Dalam pada itu, apabila diminta untuk menjelaskan tentang hubungannya dengan bekas kekasihnya yang juga merupakan pelakon popular, Kamal Adli, dia menolak dengan baik untuk tidak memberikan sebarang komen.

IKLAN

Sementara itu, di media sosial ramai netizen yang berkata Emma sering dilihat dengan ramai lelaki sehingga ada yang mendakwa dirinya seperti ‘playgirl’.

IKLAN

Bagi menjawab dakwaan tersebut, ini adalah jawapan Emma.

“Saya kawan sahaja dengan semua, so far saya tiada hubungan cinta dengan sesiapa melainkan hubungan sebagai seorang kawan,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, dia tidak ambil peduli dengan kata-kata netizen yang sering melemparkan pelbagai kecaman kepadanya.

“Saya buat tak layan dan abaikan sahaja apa yang netizen nak cakap,” jawabnya ringkas.

Apapun MH doakan yang terbaik untuk Emma dan semoga cepat-cepat dipertemukan jodoh.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI