
Rapper tersohor Amerika Syarikat, Eminem, mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah syarikat Australia selepas mendakwa jenama tersebut menggunakan nama yang terlalu mirip dengan identiti pentasnya, “Slim Shady”.
Syarikat berkenaan, Swim Shady, terkenal dengan jualan barangan pantai seperti tuala, payung, beg renang dan seluar pendek. Namun penggunaan nama “Shady” itu dikatakan boleh mengelirukan pengguna seolah-olah ia mempunyai kaitan rasmi dengan Eminem.
Menurut laporan antarabangsa, tindakan saman itu dibuat selepas trademark Swim Shady diluluskan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat pada September lalu. Tidak mahu jenamanya disalahgunakan, Eminem terus memfailkan permohonan pembatalan trademark tersebut.
Di Australia, Eminem sebelum ini sudah pun memiliki trademark “Shady” dan “Shady Limited” bagi kategori barangan tertentu, sebelum turut memfailkan cap dagang baharu “Slim Shady” pada Januari 2025.
BACA JUGA: Rap Balik Lagu Eminem Sejurus Tok Naz Komen, Ini Ulas Jaclyn; “Sebenarnya Ia Berlaku…”
Sebagai tindak balas, Swim Shady memfailkan pula permohonan “non-use” terhadap cap dagang Eminem, dengan hujah bahawa artis tersebut tidak menggunakan tanda berkenaan secara konsisten di negara itu.
Pemilik Swim Shady bagaimanapun menegaskan mereka hanyalah syarikat kecil yang mahu menawarkan produk perlindungan pantai untuk rakyat Australia, dan bukan bertujuan menumpang populariti bintang rap antarabangsa itu.
Pertikaian ini dijangka berpanjangan memandangkan kedua-dua pihak bertegas mempertahankan hak masing-masing
Setakat ini, tarikh perbicaraan rasmi belum diumumkan, namun penganalisis undang-undang menjangkakan pertikaian itu mungkin berlanjutan berikutan kedua-dua pihak menunjukkan kesediaan mempertahankan hak masing-masing.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan