Ada segelintir pasangan bercinta lebih memilih untuk jarang berjumpa dengan pasangan masing-masing kerana perasaan rindu terhadap satu sama lain akan lebih menebal dan secara automatik rasa sayang juga semakin dalam.

Penyanyi popular, Awi Rafael yang baru sahaja bertunang dengan pelakon popular, Atikah Suhaime pada bulan Mac yang lalu juga turut memilih untuk jarang bertemu atas komitmen kerja masing-masing.

‘Eloklah Tak Jumpa Lagi Bagus” – Awi Rafael Tak Kisah Jarang Jumpa Tunang Biar Lebih Rasa Rindu

Ketika MH menemui Awi selepas konsert final Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2) yang berlangsung pada Sabtu lalu, sempat juga MH bertanyakan di mana tunangnya ketika itu kerana tidak terlihat kelibatnya di malam konsert tersebut.

IKLAN

Menurut Awi, Atikah kini sedang berada di Indonesia untuk sesi penggambaran filem dan sedang sibuk mempelajari bahasa kebangsaan negara itu.

Dalam pada itu, disebabkan komitmen masing-masing mereka jarang berjumpa dan Awi berkata itu lebih baik untuk hubungan mereka.

“Eloklah jarang berjumpa lagipun kami dalam fasa bertunang, tak jumpa pun lagi bagus biar kita lebih rindu antara satu sama lain,” katanya kepada MH sambil ketawa.

Penyanyi ini juga bersyukur kerana mendapat bakal isteri yang sangat memahami dirinya.

IKLAN

“Alhamdulillah saya sangat bersyukur kerana bakal isteri saya sangat memahami saya dan hubungan kami malah saya juga pernah bercakap dengan dia kalau masih mahu bekerja dan masih mahu menjadi pelakon, teruskan dan buat betul-betul,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, dia dan tunangnya hanya berhubung melalui telefon sahaja dan dia berharap orang ramai mendoakan yang terbaik buat hubungan mereka.

Katanya lagi, Atikah sering memberi sokongan yang tidak putus-putus terhadap dirinya dan dia sangat berterima kasih dengan tunang tercintanya itu.

IKLAN

Malah Awi juga bukan sahaja berterima kasih terhadap tunangnya tetapi kepada peminat-peminatnya juga yang sentiasa memberi sokongan buat dirinya.

Sementara itu, pada malam final GGV2 yang lalu Awi telah memenangi tempat ketiga dan membawa pulang hadiah sebanyak RM20,000 beserta trofi sumbangan Astro.

‘Eloklah Tak Jumpa Lagi Bagus” – Awi Rafael Tak Kisah Jarang Jumpa Tunang Biar Lebih Rasa Rindu

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI