Categories: Berita Hiburan

Elly Mazlein Perjelas Sebab Undur Diri Dari Program Anugerah, Bukan ‘Koyak’ – “Sejak Tahun Lepas Lagi Sudah Buat Keputusan Ini.”

Share

Selebriti versatil, Elly Mazlein menafikan dakwaan bahawa keputusan penarikannya daripada menyertai sebarang program anugerah televisyen baru-baru ini kerana tersinggung dengan komen-komen netizen.

Menurut Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, keputusan tersebut sudah lama difikirkannya sejak tahun lalu, namun dia perlu menghormati pihak tertentu yang ketika itu meminta agar dia tidak berbuat demikian.

“Sebenarnya, kalau diikutkan, sejak tahun lepas lagi saya sudah mahu buat keputusan ini. Saya pernah menyuarakan tapi ada pihak yang minta untuk saya tidak berbuat sedemikian.

“Pada tahun ini, saya nekad untuk mengundurkan diri daripada sebarang pertandingan anugerah. Saya lebih memilih untuk menjadi pemenang di hati peminat.

“Saya harap semua pihak dapat menghormati keputusan saya ini,” katanya kepada MH.

Pelakon filem Janji Diana itu ditemui selepas berakhir konsert separuh akhir

Kilauan Emas 2025 yang berlangsung di Royal Theatre, Shah Alam pada Ahad.

Katanya lagi, dia mahu memberikan ruang kepada artis lain untuk turut merasai pengalaman memenangi anugerah.

“Saya sangat bersyukur kerana sudah merasa nikmat menang. Nikmat apa lagi yang nak saya dustakan. Allah beri saya rezeki dalam bermacam-macam bentuk.

“Mungkin ada orang yang memerlukan anugerah dan mungkin juga ada orang yang sudah faham maksud kepuasan yang pernah saya kecapi ini.

“Walaupun baru menang satu anugerah sahaja tapi ia sudah cukup memberikan kepuasan kepada saya.

Mungkin ada daripada kalangan artis-artis baharu yang menerlukan anugerah ini untuk pencapaian diri sendiri,” ujarnya.

Tak Tersinggung

Mengulas mengenai dakwaan dia tersinggung dengan komen netizen, Elly menegaskan perkara itu langsung tidak memberi kesan kepadanya.

“Saya kini sudah pun meningkat usia. Bukan muda lagi. Macam terlalu kebudak-budakkan pula untuk saya berkecil hati dengan kata-kata daripada individu tersebut.

“Takkanlah disebabkan komen ‘Berkempen ke?’ saya nak koyak. Macam sedih sangat pula hidup saya ini. Saya memang tidak berkecil hati.

“Bagus juga bila perkara ini berlaku. Walaupun saya sudah buat pengumuman di radio Era, setidaknya netizen akan lebih tahu mengenai keputusan saya ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Elly berharap agar semua pihak terutama peminat dapat menerima keputusannya dengan hati terbuka.

“Memang ramai pihak yang tak setuju dengan keputusan saya mengundurkan diri ini. Saya mohon maaf. Saya memang sayang ‘majmuk’. Saya akan sentiasa berada di waktu susah dan senang mereka.

“Namun, kali ini saya harap anda semua terima keputusan saya ini. Jangan risau, saya masih lagi ada di dalam industri ini. Saya masih lagi menjadi pengacara untuk rancangan TV.

“Anda masih lagi boleh melihat saya selagi diberikan kepercayaan. Cumanya saya tidak akan masuk bertanding di acara anugerah televisyen. Itu sahaja,” katanya.

Baru-baru ini, Elly mengejutkan ramai apabila mengumumkan pengunduran dirinya daripada menyertai sebarang program anugerah televisyen.

Keputusan itu dibuat menerusi hantaran di Instagram sebagai respon kepada komen seorang individu yang mendakwa lawatannya ke perkampungan Orang Asli di Pos Tohoi, Gua Musang, Kelantan bertujuan untuk berkempen sempena satu acara anugerah.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

@mediahiburanofficial Elly Mazlein atau mesra disapa Kak Lina 💖 mahu terus berbuat baik apabila berhasrat untuk belanja, kongsi rezeki bersama-sama penonton Kilauan Emas 2025 (KE2025) setiap minggu hingga ke pentas final. Katanya, inisiatif ini lahir daripada rasa syukur dan rasa tanda terima kasihnya kepada peminat yang sentiasa hadir memberi sokongan KE2025 🙌 setiap minggu. Kehadiran mereka saban minggu jelas menjadi kekuatan untuk Elly memberikan kualiti pengacaran yang terbaik 👍🏼✨ Ada yang mahu menaja, namun Elly memilih untuk berkongsi rezeki dengan para peniaga di luar sana 🛍️. Baginya, setiap langkah kecil dalam memberi mampu menyebarkan lebih banyak kasih sayang dan kegembiraan bersama 🥰🤲🏼 #MHnews #MediaHiburan #KilauanEmas #OtaiLebihBerbisa #Jomusha ♬ original sound – Media Hiburan
Published by
Aizam Manaf