
Nama selebriti popular, Elly Mazlein sekali lagi mencuri perhatian apabila timbul dakwaan membayangkan dirinya bakal menamatkan khidmatnya sebagai penyampai radio.
Sebelum ini, keputusan Elly yang popular menerusi lagu
Sabarlah Hati itu untuk menarik diri daripada menyertai program anugerah turut mengejutkan ramai pihak.Ibu kepada dua cahaya mata itu didakwa bakal mengambil keputusan tersebut dalam masa terdekat selepas hampir dua tahun mengendalikan konti radio.
Sepanjang bergelar penyampai radio, Elly memberi sentuhan berbeza dalam dunia penyiaran apabila aktif turun padang menyantuni golongan kurang bernasib baik.
Malah, kehadirannya baru-baru ini bersama masyarakat Orang Asli di Pos Tohoi, Gua Musang, Kelantan turut mendapat reaksi positif daripada warganet.
Bagaimanapun, kesahihan mengenai dakwaan terbabit belum dapat dipastikan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini