‘Dorang Menyanyi, Bukan Nak Jadi Penyanyi Vokal Terbaik Pun’ – Isteri Datuk Aliff Syukri

Rasanya ramai yang sudah sedia maklum dengan lagu single Datuk Seri Aliff Syukri dan Sajat yang kini mula menjadi siulan.

Walaupun ada juga yang melemparkan kritikan negatif kepada dua nama hebat dalam perniagaan kosmetik ini namun mereka tetap positif dalam menerima pelbagai kecaman.

Baru-baru ini, MH ternampak perkongsian isteri kepada Aliff, Nur Shahida mengenai lagu suaminya dan Sajat itu.

Shahida mengatakan pada awalnya dia tidak berapa suka apabila Aliff dan Sajat mahu menyanyi kerana dia penat dengan kecaman yang dilemparkan oleh netizen kepada suaminya itu.

IKLAN

“Mula2 x berapa gemar tgk @aliffsyukriterlajaklaris dan @nursajat02 menyanyi…bukan apa x suka la bila kena kecam…stress tau walaupun bukan saya……tapi bila difikirkan blk bukan buat benda yg salah pun menyanyi je kan….

.

tapi mmg best dengar byk kali pun best….dorang menyanyi bukan nak jadi penyanyi vokal terbaik pun….??hiburan semata2….so x yah lah kondem lebih2….rezeki mereka..yg x suka x yah tengok…yg suka je pg tgk ok…kadang orang malaysia ni pelik2 ….yg x suka tu lah yg pg ditengok dan didengar…tapi mmg bila dgr byk kali pun x bosan…. bg saya @aliffsyukriterlajaklaris nyanyi biasa2 je tapi @nursajat02 mmg penyeri???tau…..senyum sendiri bila dengar….lagi ni ada pengajaran juga kepada mereka yg dah kahwin dan sedang bercinta….so korang yg suka wajib dgr ok?,” tulis Shahida.

Ada benarnya apa yang ditulis oleh Shahida, mereka hanya menyanyi sebagai hiburan sahaja bukan untuk menjadi penyanyi profesional.

Tak dapat dinafikan memang lagu berjudul ‘Abang Nak Tegur’ nyanyian Aliff dan Sajat ini mendapat sambutan yang hangat. Mana tidaknya baru sahaja dua hari dimuat naik di Youtube sudah mendapat lebih daripada 200,000 tontonan.

Rata-rata pengikut Shahida juga dilihat turut menyokong apa yang dikatakan olehnya.

khairundarwiela: Setujuuu datin @shahidadherbs ,nobody prfect.sape la Kita utk mngadili sesama hamba.dan sape Kita utk mnentukan amalan mna yg mbawa Kita ke syurga dan dosa yg mbawa hambanya ke neraka.ALLAH lbih tahu ape niat kita.smoga ALLAH sntiasa merahmati datin n dato skluarga.amin❤

thesmartmum: Dato Alif ni jenis kreatif on personal branding. So kena terima apa yg baik dibuatnya. Tak boleh happy kan semua orang. Mesti ada yang akan komen.

IKLAN

nurulsly: Pasni msti rmai org wat cover song utk lg nih. Pastu Dato bleh la duet ngan diorg plak ???? ambil jer ug positif Datin. Buatper nk sedapkn ari org, yg penting Dato happy kan ??

Ok tak nak cakap banyak, jom MH belanja korang sikit lagu Abang Nak Tegur dari Aliff dan Sajat.

Sumber: Instagram Shahida & Youtube