Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) sememangnya menjadi topik hangat diperkatakan rakyat Malaysia minggu ini.

Apatah lagi, banyak sejarah tercipta dengan PRU kali ini apabila buat pertama kalinya tampuk pemerintahan bertukar tangan.

Namun begitu, MH ada dengar khabar angin yang kurang enak serta spekulasi timbul berkaitan perkara ini.

Susulan itu, penyanyi, Hanie Soraya memuat naik satu kapsyen di laman Instagram miliknya meminta agar rakyat Malaysia tidak menyebarkan kebencian.

IKLAN

“Biru pekat, biru cair ataupun hijau, marilah kita sama-sama mengingati bahawa darah yang tumpah itu berwarna merah juga.

“Don’t hate each other because of our political difference. At the end of the day, its the people that represent the nation. Not politics,”tulisnya.

‘Don’t Hate Each Other’- Ini Pandangan Hanie Soraya Mengenai Keadaan Politik Negara

Tambahnya lagi, apa yang penting adalah masa depan rakyat dan negara.

IKLAN

“Let’s enforce kindness and unity upon each other, tolerance and patriotism, because this is what Malaysia all about.

“Tidak kiralah siapa pun yang memenangi PRU, kita berdoa semoga mereka membawa suara rakyat dan memimpin negara dengan jujur, bertangungjawab dan amanah untuk masa depan.

“A better Malaysia,” tulisnya lagi.

MH menyokong penuh apa yang dikatakan Hanie itu, sekarang ini kita di ambang pemerintahan baru.

IKLAN

‘Don’t Hate Each Other’- Ini Pandangan Hanie Soraya Mengenai Keadaan Politik Negara

Oleh itu, kita seharusnya memberikan sokongan sepenuhnya demi negara tercinta.

Sumber: IG Hanie Soraya

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI