Categories: Berita Hiburan

“Doakan Yang Baik-Baik,” – Yusuf Bahrin Hadir Ke Mahkamah Rendah Syariah, Zizi Kirana Pula Ditemani Umie Aida & Ustazah Asni

Share

Spekulasi mengenai keretakan rumah tangga antara Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin akhirnya terjawab apabila kedua-duanya dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Yusuf tiba ke perkarangan mahkamah sekitar jam 8.40 pagi dengan mengenakan sut hitam dan ditemani oleh pengurusnya, lalu disusuli Zizi yang bersama aktres Umie Aida serta pendakwah bebas, Ustazah Asni.

Ketika disapa media, Yusuf berharap agar semua pihak dapat mendoakan yang terbaik.

“InshaAllah saya okay. Doakanlah yang baik-baik. Selamat hari raya. Kita jumpa sekejap lagi,” katanya ringkas.

Sementara itu, Umie Aida yang berjalan seiringan bersama Zizi turut mengharapkan agar segala urusan dipermudah.

“Semoga urusan hari ini dipermudahkan, Insya-Allah,” katanya.

Spekulasi Sejak Beberapa Bulan

Dalam pada itu, Zizi memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai kehadirannya di mahkamah pada pagi ini dan kelihatan tenang.

“Saya tak boleh nak cakap sekarang. Saya pun tak tahu apa-apa lagi,” kongsinya.

Sebelum ini, khabar angin mengenai keretakan rumah tangga pasangan ini hangat diperkatakan sejak beberapa bulan lalu.

Malah, ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu, mereka dilihat menyambutnya secara berasingan bersama keluarga masing-masing.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 dan sehingga kini masih belum dikurniakan cahaya mata.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Handbag Elegan Pelengkap Gaya Wanita

Published by
Aizam Manaf