Gara-gara wajah persis bintang Korea, Muhammad Fahmi Mohd Yunus yang lengkap berseragam tentera menjadi tular di laman Twitter selepas ia mendapat lebih 2,000 ulang kicau.
Ketampanan Fahmi yang lengkap memakai seragam sebagai kadet tentera udara di Maktab Tentera Diraja (RMC), Kanada menyebabkan para gadis tidak senang duduk dan masing-masing meninggalkan komen yang pelbagai.
Fahmi sebelum ini pernah tular selepas video kejutan buat ibu dan bapa sempena kepulangannya ke Malaysia tidak lama dulu.
A short video of me surprising my parents 😁😁 they didn’t know i came home after 5 months living 14,623km away from them 😢 thanks to my siblings and fellow friends that helped me achieve my plans 😉😉 pic.twitter.com/rNSsLuO3au
Asyik mencintai orang lain sehingga lupa cintakan diri sendiri. Begitulah kata usahawan, Joy Revfa apabila segelintir wanita lupa untuk mencintai diri sendiri.
Tegasnya, mulai sekarang, terima diri seadanya dan buat pilihan yang terbaik untuk diri sendiri.
“Kadang2 kita wanita ni lupa nak jatuh cinta pada diri sendiri.
“Bit NOW please love yourself, Please accept yourself more, Please make the right choices, Please know what is good for you, and please, please know that you are not alone,” jelasnya.
Malah ulas bekas isteri kepada Hafiz Hamidun ini lagi, mereka yang menyayangi diri sendiri akan lebih menarik minat insan sekeliling.
“Remember, When you love yourself more,
you GLOW FROM INSIDE, you ATTRACT PEOPLE who love, respect & appreciate your energy.
“Be magnetic. Segalanya bermula dari kita yg mencintai diri sendiri terlebih dahulu, termasuk kelebihan & kekurangan diri sendiri.. Cuba & terus mencuba merasakan diri kita itu ber VALUE, WORTHY & LAYAK utk lebih baik dari yang sebelum ini.
“Mari sama2 kita,Jaga KECANTIKAN diri sendiri, Jaga KULIT WAJAH diri sendiri, Jaga KESIHATAN diri sendiri, Jaga TUBUH BADAN diri sendiri, jagaPENAMPILAN diri sendiri,Jaga SIKAP diri sendiri,Jaga PERTUTURAN diri sendiri,” tulisnya lagi.
Ulas ibu kepada seorang anak ini lagi, bagaimana mahu mencintai insan lain jika tidak menyayangi diri sendiri.
“Cintailah diri sendiri terlebih dahulu sebab, kalau saya pun tak mampu mencintai diri saya sendiri, mcm mana saya nk mencintai awak?
“Eh! terbuat pickupline la pulak, JoyRevfa,” jelasnya panjang lebar.
Menerusi entri terkini di Instagram milik pelakon Alvin Chong, dia ada berkongsi cerita dan pendapat bersama peminatnya.
Bintang drama bersiri Dia Semanis Honey ini memaklumkan dirinya telah menjalani kehidupannya berdikari selama 12 tahun.
“Saya telah menjalani hidup saya sendirian selama 12 tahun yang lalu.Saya sentiasa mampu menjaga diri saya sendiri.
“Walaupun saya sakit, saya akan sentiasa menyeret diri ke hospital untuk dirawat,” dedahnya.
Selain itu, pelakon berusia 29 tahun ini turut meluahkan rasa bimbang sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini terhadap dirinya jika bersendirian.
“Dengan banyak insiden yang berlaku di industri akhir-akhir ini, tiba-tiba saya terfikir, apa yang akan berlaku jika suatu hari saya kehilangan semua kekuatan saya ketika di rumah, bersendirian? Ia hanya metafora, tetapi agak menakutkan,” tulisnya.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...