Baru-baru ini, usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida ada berkongsi cerita mengenai perihal anak perempuanya, Cik B yang dilihat sedang belajar menjahit bersama dengan seorang ustaz.

Difahamkan, Cik B belajar membaca Al-Quran bersama dengan ustaz tersebut dan rutin ini sudah dilakukan oleh DSV sekeluarga pada bulan Ramadan tahun lalu.

Cik B Cuba-Cuba Belajar Menjahit, Besar Harapan Datuk Vida – “Doakan Boleh Jadi Perempuan Sejati, Pandai Bisnes.”

Penyanyi yang sinonim dengan lagu I Am Me ini memuat naik momen tersebut menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.

Di samping meluahkan rasa teruja, Vida juga mendoakan agar anak perempuannya itu menjadi seorang perempuan yang sejati.

IKLAN

Cik B Cuba-Cuba Belajar Menjahit, Besar Harapan Datuk Vida – “Doakan Boleh Jadi Perempuan Sejati, Pandai Bisnes.”

“Tiber @cikb_havoc66 nak belajar jahit..DOAKAN CIK B BOLE BOLE JADI POMPUAN SEJATI.

“CANTIK KURUS LEMAH LEMBUT PANDAI BUSNESS PLEASE,” tulisnya.

IKLAN

Imbas kembali, Vida berkahwin dengan Mohd Amin tahu pada 2000 dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikrie, Nur Edlynn Zamilleen dan Muhammad Eric Zaquan.

IKLAN

Bagaimanapun, Muhammad Eddie Zuhdie, 11, dan Muhammad Edrie Zikrie,10, meninggal dunia dalam kejadian kebakaran di rumah Vida di Meru Hill, Ipoh tiga hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2013.

Vida sah bercerai dengan Mohd Amin pada tahun 2008 iaitu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.Cik B Cuba-Cuba Belajar Menjahit, Besar Harapan Datuk Vida – “Doakan Boleh Jadi Perempuan Sejati, Pandai Bisnes.”

 

Foto: Instagram DSV

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI