Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad memohon doa orang ramai agar anak ketiga ini adalah lelaki.

Katanya, dia mengharapkan agar jantinanya adalah lelaki namun tetap gembira dengan apa sahaja ketentuan ALLAH SWT.

“Sekarang ini Zira baru mengandung dua bulan, dijangka bersalin Jun depan. Doa-doalah lelaki, saya memang nak lelaki tapi kalau dapat anak perempuan lagi pun okay sahaja.

 

“Boleh cuba lagi selagi belum sampai limit, hahaha…sebenarnya saya target nak empat orang anak tapi kalau ada rezeki lebih apa salahnya kan?

 

“Lagipun saya memang suka riuh-riuh ni almaklumlah adik-beradik ramai, saya tujuh orang dan Zira pula 5 orang,” katanya kepada MH.

Nabil berkata demikian ketika ditemui di sidang media Oh My Family musim kedua di Hornbill Restaurant & Cafe, KL Bird Park pada Rabu.

IKLAN

“Boleh Cuba Lagi Selagi Belum Sampai Limit,” – Nabil Ahmad Idam Anak Lelaki Sebab…

Tambahnya lagi, dia juga turut berkongsi bahawa dia sudah merancang anak ketiga ini pada tahun lalu lagi.

IKLAN

“Saya memang plan tapi sepatutnya, anak ketiga ini saya plan tahun lepas sebab nak beza dua tahun dengan anak nombor dua, tapi dah terlajak pula setahun. Tak apalah, janji ada rezeki,” katanya lagi.

Sebelum ini, Nabil berkongsi berita isterinya mengandung menerusi laman Instagramnya pada awal September lalu.

IKLAN

Nabil juga memiliki dua orang cahaya mata perempuan bersama isterinya, Zira iaitu Naera Mikayla dan Leyla Medyna.

Foto/Instagram: Nabil Ahmad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI