Hujung minggu lalu berlangsungnya Anugerah Telenovela 2018 yang menyaksikan kemenangan besar Fazura dan Fattah Amin.

Pada masa sama, MH ada terdengar berita kurang sedap apabila ada netizen menghentam salah seorang penyampai anugerah pada malam itu yang dikatakan ada ketengahkan isu ‘body-shaming’ buat salah seorang wakil pemenang.

Tidak mahu terus dikecam, selebriti dimaksudkan, Faezah Elai memuat naik kenyataan penjelasan mengenai isu tersebut di Instagramnya.

IKLAN

“Khas untuk orang yang tujuannya untuk menghentam orang lain dan suka judge orang, sekarang, part mana yang I cakap ‘Lepas anak 5 orang’ yang konon ada part body-shamming??

“Kat mana? Wehh comes on ah, my husband pon gemuk, why on earth should I say something yang akan buat my own husband pon boleh terasa?

“I said, anak 5 orang cause orang lain yang naik stage and she is wearing hijab, takde kena mengena pon tentang body dia. I said anak 5 cause aku ada anak 5, so sapa kat sini pikir konon aku body-shammingkan orang? Infact tak terpikir langsung,” tulisnya.

Tambahnya lagi, dia bukanlah seseorang yang suka bercakap mengenai bentuk ‘fizikal’ seseorang dengan sewenang-wenangnya.

IKLAN

“I’m not a person who talks about other people’s punya fizikal la, If you yang tersalah faham why ajak orang lain to salah faham jugak?

“And buat orang lain dapat dosa free, To the girl yang on-stage semalam, if you think I was referring to your body, you are absolutely wrong.

“I don’t judge people,jauh sekali nak bodyshamming kan org. But if my jokes buat awak terasa, then I apologies as I don’t mean that, please tag this message to the girl yang naik stage semalam.

“Thank you to all kecaman and oh… I don’t need free publicity sebab it was not me yang post this and trying to buat best.

“Kalau kita seorang yang positive kita tak kan terfikir benda yang negative, and please this is my IG and I tak suka komen-komen yang negative kalau rasa nak tulis yang negative or nak mengutuk, boleh buat di IG sendiri atau IG yang memang nak kecam saya. Thank you.

“P/S : And oh, that girl yang naik semalam, rasanya tak gemuk pun, and cuba nak nyatakan yang naik stage semalam tu bukan pemenang tapi orang lain dalam maksud yang tersirat #dontjudge #saynotojudgement,” jelasnya lagi.

https://www.instagram.com/p/BlzyFjXgDsH/?hl=en&taken-by=faezahelai

IKLAN

Haa…panjang lebar penjelasan Faezah, harapnya perkara ini dapatlah diselesaikan dengan baik. Lagipun perkara yang lepas tak perlulah dikenang lagi kan?

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI