Tiba-tiba nama jenama Bijan menjadi bualan ramai sejak sehari lalu apabila nama label berkenaan antara yang disebut menerusi satu sidang media berhubung rampasan berkaitan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Diketahui sebagai suatu jenama eksklusif dan hanya dikenakan selebriti ‘gred A’ dan ahli karporat, ini dia beberapa fakta menarik mengenainya.

Jenama tersebut diasaskan pereka fesyen kelahiran Tehran, Bijan Pakzad. Tokoh fesyen itu dilahirkan pada pada 4 April 1940  dan meninggal dunia pada 16 April 2011 akibat serangan angin ahmar. Bijan berhijrah ke Los Angeles, Amerika Syarikat pada tahun 1973.

Butik ekskusifnya dibuka di Rodeo Drivem Beverly Hills pada tahun 1976 dan diberi jolokan sebagai ‘butik paling mahal di dunia’.

Terkenal menerusi rekaan terhadap fesyen golongan lelaki, Bijan pernah bekerjasama dengan lima presiden Amerika iaitu George Bush, Barack Obama, Ronald Reagan dan Bill Clinton. Pada masa sama, jenama ini juga pernah berkolabirasi dengan pereka fesyen seperti Oscar de la Renta, Tom Ford dan Giorgio Armani.

IKLAN

Sementara dalam bidang showbiz, jenama ini juga pernah sinonim dengan beberapa nama selebriti terkemuka seperti Tom Cruise dan Sir Anthony Hopkins.

Setiap rekaan tidak dikeluarkan di dalam kuantiti yang banyak, sebaliknya hanya dibuat berdasarkan permintaan dan ia perlu dilakukan temu janji sebelum sesuatu item itu dibuat.

Blazer sutera ini misalnya yang dihasilkan hanya satu helai, berharga lebih USD12,000!

IKLAN

“Dipakai Artis Gred A,” – Tiba-Tiba Jadi Perhatian, Ini Dia Fakta ‘Vazz’ Jenama Mewah, BIJAN!

Butik tersebut juga turut mempunyai suatu sudut yang didedikasikan buat bekas Presiden Amerika Syarikat, George Bush dan keluarga.

Memilih kuning sebagai warna signature, Bijan turut berkolaborasi bersama Bugatti menghasilkan rekaan khas untuk jenama kereta tersebut. Tempat duduknya beralaskan kulit buaya dan jam di dalam kereta tersebut ditatah dengan berlian!

IKLAN

“Dipakai Artis Gred A,” – Tiba-Tiba Jadi Perhatian, Ini Dia Fakta ‘Vazz’ Jenama Mewah, BIJAN!

“Dipakai Artis Gred A,” – Tiba-Tiba Jadi Perhatian, Ini Dia Fakta ‘Vazz’ Jenama Mewah, BIJAN!

Foto : World of Buzz, Sumber : Forbers Life

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI