Nampaknya cerita tentang persengketaan di antara Aliff Aziz dan isterinya Bella Astillah belum habis lagi.

Selepas kekasih Afifah memuat naik kenyataan di Insta Story, meminta netizen untuk berhenti membuat andaian sebelum mengetahui cerita sebenar. Kini Didi Astillah & Aisyah Aziz adik kepada pasangan suami isteri ini pula mula mengeluarkan beberapa kenyataan di Instagram mereka.

Selang beberapa jam yang lalu Didi telah muat naik beberapa gambar kata-kata yang berkaitan rapat dengan isu yang sedang hangat diperkatakan ini.

Didi Astillah & Aisyah Aziz Beri Respons
Didi Astillah & Aisyah Aziz Beri Respons

Didi Astillah & Aisyah Aziz Beri Respons

IKLAN

Didi Astillah & Aisyah Aziz Beri Respons

Bukan itu sahaja, Didi juga sempat memberi komen tentang isu ‘meroyan’…

IKLAN

“Nak gelak bila ada orang bagitaw (bagitahu) yang kakak dia tu cakap kakak kita meroyan

“Tapi sebaliknya, adik dia yang meroyan nak laki orang (dia tidak tahu.. mungkin),”tulisnya dalam ruangan Insta Stories.

Didi Astillah & Aisyah Aziz Beri Respons
Didi Astillah & Aisyah Aziz Beri Respons
Dalam masa yang sama, adik Aliff, iaitu Aisyah Aziz juga turut memberi respons terhadap isu ini.

Katanya, sejak kisah ini menjadi viral dia asyik sibuk menekan butang “delete”.

IKLAN

Didi Astillah & Aisyah Aziz Beri Respons
Melalui Insta Story di akaun Instagramnya, Aisyah lebih selesa berdiam diri walaupun menerima seribu satu soalan dari pelbagai pihak. Dia juga yakin segala persoalan orang ramai akan terjawab tidak lama lagi.

“Saya tahu semua persoalan dari anda tidak berjawapan. Kamu semua ingin tahu apa yang terjadi serta mengharapkan saya katakan sesuatu, tetapi saya tidak mahu kata apa-apa.

“Tetapi jangan risau, kamu semua akan dapat segala jawapan dalam masa terdekat,” katanya dengan tenang.

Teks Oleh: Lany Azman

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI