Tahniah diucapkan buat hos dan pelakon, Akhmal yang telah menyambut kelahiran anak sulung selepas isterinya, Lyssa Jean selamat melahirkan bayi perempuan di pusat perubatan di Seri Kembangan, Selangor jam 1.47 pagi semalam.

Sambil menzahirkan rasa syukur apabila proses bersalin berjalan lancar, Akhmal turut berpeluang menemani isterinya di bilik bersalin.

“Diberi Peluang Memotong Tali Pusat, Mandikan Bayi Sulung Saya,” – Tahniah! Pelakon Akhmal Nazri Kini Bergelar Bapa “Diberi Peluang Memotong Tali Pusat, Mandikan Bayi Sulung Saya,” – Tahniah! Pelakon Akhmal Nazri Kini Bergelar Bapa

“Sebelum diberi kebenaran untuk menemani isteri di bilik bersalin, saya perlu menjalani ujian saringan Covid-19 terlebih dahulu. Saya bersyukur sangat apabila proses kelahiran berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

“Saya juga diberi peluang untuk memotong tali pusat dan mandikan bayi sulung saya. Lebih mengejutkan saya turut diberi peluang melakukan sendiri tahnik kepada permata saya.

IKLAN

“Ini adalah satu pengalaman yang cukup menakjubkan. Saya tak sangka diberi kesempatan untuk melihat segala keindahan dan kesengsaraan yang terpaksa ditempuh seorang ibu.

“Walaupun saya takut dan cuak di bilik bersalin, tapi saya kagum dengan ciptaan Allah yang cukup luar biasa. Isteri bersalin secara normal dan bayi dilahirkan seberat 3.19 kilogram,”katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya lagi, dia tidak berniat untuk menyembunyikan kandungan pertama mereka kepada kenalan mahupun peminat, sebaliknya dia ingin menghormati permintaan ibu Jean.

IKLAN

“Selama sembilan bulan kami ‘kunci mulut’ dan tak beritahu sesiapa. Bukan sengaja tak nak kongsi berita gembira ini tapi saya menghormati permintaan ibu Jean selain mahu menjaga emosi isteri saya.

“Ibu Jean pesan supaya berita ini dikongsikan apabila bayi dah lahir. Lagipun saya tak nak Jean tertekan jika dia terbaca komen netizen yang mungkin tidak suka mengenai berita kehamilan isteri saya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Akhmal Nazri (@akhmalnazri)

IKLAN

“Tapi apapun saya bersyukur apabila semuanya dalam keadaan yang terkawal, malah Jean juga tidak berdepan sebarang alahan teruk seperti muntah-muntah atau mengidam benda pelik,”katanya.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada pada 31 Disember tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Sepang.

“Diberi Peluang Memotong Tali Pusat, Mandikan Bayi Sulung Saya,” – Tahniah! Pelakon Akhmal Nazri Kini Bergelar Bapa “Diberi Peluang Memotong Tali Pusat, Mandikan Bayi Sulung Saya,” – Tahniah! Pelakon Akhmal Nazri Kini Bergelar Bapa

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI