Pelakon Ben Amirr mengakui ketika ini, Uqasha Senrose merupakan wanita yang paling rapat dengannya. Malah, pelakon yang dicungkil bakatnya menerusi pertandingan Hero Remaja di samping Fattah Amin dan Syafiq Klye beberapa tahun lalu itu turut menjelaskan, hubungan mereka mulai rapat sejak beberapa bulan lalu.

Walaupun sebetulnya, mereka sudah pun saling mengenali sejak sekian lama.

“Ya, dia wanita yang paling rapat ketika ini. Kalau nak diikutkan, kami sudah pun saling mengenali sebab pernah bekerjasama untuk sebuah drama terbitan RTM tidak lama dulu. Bagaimanapun, kami mulai rapat sejak beberapa bulan lalu ketika saya dan adiknya, Nelydia Senrose berlakon sama menerusi drama rantaian, Cinta Tiada Ganti.

 

“Ada ketikanya dia turut singgah ke set penggambaran sama ada untuk teman atau hantar Nely. Jadi daripada situlah kami mulai rapat dan saling berhubung,” katanya ketika dihubungi MH.

Ditanya mengenai sejauh mana hubungan mereka, Ben mengakui mengharapkan yang terbaik, apatah lagi hubungan yang terjalin baru mencecah fasa saling mengenali.

IKLAN

“Masih jauh untuk kami jangkakan apa-apa. Cuma kalau perkara baik, sudah pasti saya mengharapkan ke suatu fasa yang serius. Saya yang approach dia dulu,” kongsinya lagi.

Spekulasi mengenai hubungan kedua selebriti berkenaan muluai bertebaran apabila Ben dikatakan turut sama menyertai rombongan percutian Uqasha bersama keluarganya ke Bali, Indonesia minggu lalu.

https://www.instagram.com/p/BlpVidvAwRs/?hl=en&taken-by=uqashasenrose2

IKLAN

Malah, menerusi posting terbaru, pelakon wanita tersebut juga ada memuat naik fotonya bersama Ben, dengan kapsyen yang membayangkan wujudnya hubungan cinta di antara mereka.

IKLAN

Foto: Instagram Uqasha Senrose

https://www.instagram.com/p/Bl3QMmzgLUj/?hl=en&taken-by=uqashasenrose2

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI