Nampaknya lepas satu-satu kontroversi yang melanda Faiz Roslan, Instagramers Famous yang sentiasa memparodikan gaya ala-ala perempuan.

Jika sebelum ini Faiz dihentam teruk kerana memuat naik sebuah video parodi berpakaian seperti perempuan pada 1 Ramadan yang lalu, kali ini Faiz dicerca sekali lagi kerana telah membuat pengakuan secara terbuka yang dirinya tidak berpuasa.

Faiz Roslan Mengaku Tak Puasa?

Hmmmmmmmmm ?

Posted by MEDIA HIBURAN on Tuesday, 29 May 2018

 

Tindakan Faiz bukan sahaja mendapat kritikan dikalangan netizen malah selebriti-selebriti turut bersuara dan tidak berpuas hati mengapa Faiz ‘semakin hari semakin menjadi’.

IKLAN

Bagaimanapun, dalam ramai yang menhentam, salah seorang usahawan muda yang turut pernah terpalit dengan kontroversi iaitu Safiey Illias tetap memberi sokongan kepada rakannya itu.

A post shared by D S I (@safieyillias94) on

IKLAN

Berkongsi sedikit perbualannya bersama Faiz, Safiey meminta orang ramai untuk tidak menyulitkan lagi keadaan, berlemah lembut dan jangan terlalu kasar dengannya.

Malah, Safiey meminta orang ramai untuk memberi sedikit masa kepada Faiz untuk diri sendiri rasa sebersalah atas apa yang telah dilakukan secara sengaja muhupun tidak.

IKLAN

Dalam pada itu, Safiey menjelaskan bukanlah niatnya untuk backup atau menyokong mana-mana pihak cuma tidak mahu memburukan lagi keadaan dan bimbang sekirannya Faiz melakukan perkara yang tidak waras.

“Mengulas isu Faiz Roslan. Dia tengah down. Jgn sulitkan keadaan . Lemah lembut lah dgn dia dan jgn terlalu kasar dgn dia . Saya dh DM ustaz @ebitlew dan kami ada pendekatan sendiri .

 

“Bagi masa pada faiz untuk diri sendiri merasa serba salah atas apa yg dilakukan secara sengaja atau tak sengaja .

 

“Saya bukan backup dia , saya tak sokong pun mana2 pihak . Saya transparen . Saya takut keadaan jd lebih buruk,” tulisnya di ruangan kapsyen.

‘Dia Tengah Down, Lemah Lembutlah Dengan Dia…’ Safiey Illias Kongsi Perkembangan Faiz Roslan

Bukan itu sahaja, Safiey turut berkongsi sedikit pengalamannya yang pernah berada di tempat Faiz dan mengakui sangat tertekan sehingga memerlukan khidmat dan rawatan psikiatri selama 3 bulan.

“Semua2 ni akan bwk kepada DEPRESSION (tekanan) . Saya sendiri pernah rasa benda ni . Rasa tersisih sampai tahap benci pada diri , rasa nk bunuh diri dan mulalah nk buat benda yg tidak waras . Saya bercakap atas dasar kasih sayang.

 

“Saya pernah dirawat 3 bulan di bahagian Psikiatri oleh Dr Hamidah di Hosp Gleaneagle Ampang . Makan ubat depres dan nak tidur pun makan ubat tidur.

 

“Korang mungkin boleh cakap apa je tp siapa yg pernah rasa depress ni teruk sangat2,” tulisnya lagi.

Terkini MH diberitahu, Faiz telah mengambil keputusan untuk detective akaun Instagramnya buat sementara waktu.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI