Beberapa hari lalu, bintang Insta yang pernah mencetuskan sensasi, King Coco ada memuat naik sekeping anaknya, Putra Kyle Mateen yang kini sudah pun berusia sembilan bulan.

Meski mengakui pada awalnya dia hanya mahu berkongsi wajah anak selepas usianya mencecah satu tahun, namun perkongsian yang dibuat personaliti yang sinonim dengan gaya sebutan tersendiri itu nyata memberi reaksi pelbagai netizen.

Coco ketika dihubungi MH tidak menafikan kehidupannya kini bahagia meski masih banyak yang perlu dipelajari khasnya dalam soal menjaga anak.

IKLAN

Ditanya mengenai perkembangan Mateen pula, Coco memberitahu setakat ini semuanya baik-baik sahaja. Cuma Mateen agak aktif seiring dengan perkembangannya.

IKLAN

“Setakat ini, semua baik-baik sahaja. Alhamdullah dia kian membesar, berat badan makin bertambah dan dia juga cukup aktif. Yelah bayi lelaki kan. Akan tetapi, dia tidak berapa okay dengan persekitaran yang akan bising. 

 

“Apa pun, syukur semuanya berjalan dengan baik, Mateen good boy,” kongsi Coco kepada MH.

IKLAN

Terdahulu, Coco mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan yang dikenali sebagai Kapten Azrin pada Januari 2017.

Foto: Instagram King Coco

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI