Pelakon asal Singapura, Hannah Delisha, 25, yang baru sahaja sah bergelar isteri kepada Muhammad Imam Shah, 32, menzahirkan rasa syukur kerana majlis ijab kabulnya berjalan lancar.
Menurut Hannah atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne-Birch ini, majlis dilangsung secara kecil-kecilan dan tertutup dengan hanya dihadiri beberapa ahli keluarga dari kedua pihak sahaja.
“Alhamdulillah Hannah rasa sangat gembira dan bersyukur kepada Allah kerana segalanya berjalan dengan lancar,” katanya.
Pernikahan pasangan tersebut didaftarkan di Registry of Marriage Singapore atau Biro Lesen Perkahwinan Singapura.
Mengulas mengapa majlis pernikahan dilihat dilakukan secara tiba-tiba, Hannah Delisha berkata beliau sebenarnya merupakan seorang yang sangat menjaga privasi terutama tentang hal yang bersifat peribadi.
“Saya minta maaf sebab saya memang kurang selesa berkongsi hal peribadi. Memang tak pernah saya nak kongsi dalam media sosial yang Hannah bercinta selama ini.
“Sebab bagi saya, biarlah kita sah dahulu barulah kita nak kongsikan. Kita dahulukan yang wajib. Itu yang lebih utama,” katanya.
Ads
Berkongsi sedikit latar belakang suami, Hannah mengakui telah lama mengenali Imam Shah, iaitu sejak mereka berlakon bersama lima tahun dahulu.
“Saya kenal Imam masa kita sama-sama terlibat dalam sebuah drama episod yang bertajuk Faculty di Singapura lima tahun lepas.
“Imam seorang yang sangat penyabar, penyayang, dan kelakar. Dialah yang sebenarnya banyak mendorong saya untuk lebih cenderung ke arah keagamaan.
“Alhamdulillah, saya yang sekarang sedikit sebanyak adalah hasil bimbingan Imam juga.
Ads
“Saya pohon semua untuk mendoakan kebahagiaan rumah tangga kami dan teruslah menyokong kerjaya saya.
“Majlis bersanding kita akan umumkan nanti. InsyaAllah kami buat secara bersederhana sahaja untuk keluarga dan teman rapat.
“Tentang tarikh, saya tak boleh nak beritahu lagi sebab biarlah kes Covid yang sedang menular ini tamat dahulu.
“Bila keadaan kembali normal, kami akan kongsi tarikh majlis bersanding,” jelasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Hannah kini turut fokus beliau akan lebih banyak ke arah bidang nyanyian dan V-Log di YouTube tahun ini.
“Saya sebenarnya tengah sibuk promosi single terbaru yang berjudul Terlalu Mudah.
“Untuk bidang lakonan, Hannah takkan tinggal, cuma akan lebih memilih naskah yang sesuai dengan penampilan Hannah sekarang, malah akan sibuk dengan bisnes baru.
“Saya nak cuba rezeki dalam bidang perniagaan pula. InsyaAllah tak lama lagi Hannah akan keluarkan rangkaian pakaian RTW dan Exclusive berjenama Délicia.
“Sekarang masih dalam peringkat pemilihan material dan rekaan. Kalau tiada aral melintang, dalam beberapa bulan lagi akan siap sepenuhnya, insya-Allah,” katanya.
Foto: Instagram Hannah Delisha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan penyanyi, Alif Satar memanjat rasa syukur kerana berpeluang untuk menunaikan solat fardhu jumaat secara berjemaah di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini.
Difahamkan, pihak kerajaan telah menetapkan syarat untuk tidak membenarkan sebarang aktiviti perhimpunan di masjid atau rumah ibadat dijalankan selepas bilangan kes positif Covid-19 kembali meningkat di seluruh negara.
Selain itu, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hanya ahli jawatankuasa masjid atau rumah ibadat dibenarkan hadir di negeri yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan jumlah maksimum lima orang.
“Alhamdulillah.. after so many weeks… finally. wear your mask, bring your own sejadah..
“Doa semoga semuanya beransur pulih, insyaAllah. Terima kasih warga @masjidwilayahpersekutuan membantu jemaah yang hadir agar semua dapat beribadah dalam keadaan selesa, dengan mengikut SOP yang ditetapkan.
“Salam jumaat, al kahfi mode ON! @iktikafalif,” tulisnya.
Menerusi di ruangan komen, rata-rata peminat berharap agar penularan wabak Covid-19 ini segara berakhir supaya orang ramai dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala.
Foto: Instagram Alif Satar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sekali lagi mencipta kejayaan tersendiri, bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol David berjaya meraih Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia selepas mendapat undian sebanyak 318,943.
Pemegang takhta pemain nombor satu dunia selama sembilan tahun itu berjaya mengetepikan James Kehoe iaitu legenda tarik tali Ireland yang mendapat sebanyak 113,120 undian.
Memetik Harian Metro, jaguh powetlifting Ukraine, Larysa Soloviova pula berada di kedudukan ketiga selepas meraih 80,790 undian.
Bekas atlet kelahiran Pulau Pinang berusia 37 tahun itu bersaing dalam undian dalam talian dengan 23 calon lain mewakili sukan masing-masing dalam sejarah 40 tahun temasya sukan itu (1981 hingga 2017).
Difahamkan, undian mulai dibuka sejak 8 Januari lalu namun bermula 20 Januari, hanya 10 atlet dengan undian tertinggi terus bersaing bagi anugerah berkenaan.
Pada edisi 2019, anugerah itu dimenangi pemain hoki dari India, Ritu Pani.
Anugerah itu dianjurkan Persatuan Sukan Dunia Antarabangsa (IWGA) sebagai sambutan ulang tahun ke-40 sukan dunia.
Penganjuran anugerah itu bertujuan memilih atlet terbaik sepanjang zaman yang pernah beraksi dalam mana-mana edisi sukan dunia yang diadakan buat pertama kalinya di Santa Clara, Amerika Syarikat pada 1981.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengarah, Shahrulezad Mohameddin berharap agar orang ramai lebih bijak dalam mengawal emosi terutamanya ketika menonton drama terbaru arahannya, Takdir Yang Tertulis.
Jelas Shahrulezad atau lebih mesra disapa Budak Ijat, dia berasa agak kesal selepas mengetahui ada yang menggelarkan pelakonnya, Datin Elvina Mohamad sebagai pelacur gara-gara watak Ruhils yang dibawakan.
“Guys. Korang pun agak agak la. Ya memang betul apa yg Ruhila buat tu salah. Tu abam setuju. Tapi ada sebab dia jadi begitu. Korang kena tengok sampai habis okie,” tulisnya.
Respon tersebut dikongsikan Budak Ijat menerusi entri terkini yang dimuat naik di Instagram pada Isnin.
Katanya lagi, drama ini sebenarnya mempunyai banyak pengajaran dan salah satu daripadanya adalah untuk tidak terlalu cepat menghukum kesalahan orang lain.
“Drama ni abam harap sedikit sebanyak boleh mendidik kita supaya menjadi empati dan jangan bersikap judgemental melulu. Kadang-kadang abam tak faham dengan kita semua ni.
“Bila kena kat orang bukan cepat kita menjatuhkan hukum dan berlumba lumba siapa yg paling hebat dalam mengecam dan melabel seseorang.
“Tapi bila terkena kat batang hidung sendiri komain meratap hiba korang mengharapkan belas kasihan ehsan serta empati masyarakat supaya dikasihani. Wajar ker?,” katanya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis meluahkan padangan yang sama selain turut memuji drama terbaru arahannya itu.
Drama, Takdir Yang Tertulis kini sedang ditayangkan di TV3, pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam menerusi slot Samarinda.
Selain Elvina, drama ini turut dibintangi ramai pelakon hebat lain antaranya Nad Zainal, Nazim Othman, Alvin Chong dan banyak lagi.
Sumber: Instagram Budak Ijat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.