
Tahniah diucapkan kepada penyanyi dan pelakon, Azhar Osman yang kini telah selamat bergelar suami dengan suri hati pilihannya, Sue Sauffi, hari ini.
Bekas penyanyi kumpulan duo Azhael itu telah memaklumkan hal tersebut menerusi hantaran terkini di akaun Instagram miliknya.
“Alhamdulillah sekali lafaz,” tulisnya ringkas,

Di samping itu, penyanyi berusia 34 tahun ini turut berkongsi beberapa keping foto momen majlis pernikahan tersebut bersama peminat.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti menitipkan ucapan tahniah kepada penyanyi asal Kuala Lumpur itu,
“Congratulations Azhar and wife!!,” tulis rakan pelakon, Puteri Aishah,
“Tahniah bro.. Welcome to the club hehe,” titip seorang wargamaya.
“tahniah azhar.. semoga berkah kehidupan dalam kebahagiaan, “ tulis netizen.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Azhar Osman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

Kekecewaan dan kekesalan hidup akibat terlalu bergantung kepada suami akhirnya menjentik hati suri rumah, Faziana Zakaria untuk keluar dari zon selesa.
Wanita berusia 36 tahun ini akui, apabila nak ke tandas awam dengan bayaran 20 sen pun masih mengharapkan ihsan suami.
Pendek kata, selama 15 tahun berkahwin ibu kepada dua cahaya mata ini pernah ada ada wang di tangan secara konsisten.
“Banyak yang buat saya rasa lemah semangat dan kurang motivasi dalam hidup ini. Mungkin terlalu selesa ditanggung suami hingga saya akhirnya terperangkap dengan ego sendiri.
“Bayangkan ke mana-mana pun saya tak pernah bawa dompet sebab tiada sesen pun di tangan. Balik-balik saya harapkan suami untuk beli itu ini.
“Saya pula jenis yang terbiasa nak membantu orang lain. Tetapi, hujung-hujung tersekat dengan keadaan diri sendiri yang tak berdaya nak menghulurkan sumbangan,” kata Faziana.
Paling terkesan, dia tidak dapat membantu ibu bapanya sendiri yang memerlukan sekitar RM10,000 untuk proses pengubahsuaian rumah.
“Saya nak minta duit dekat suami untuk bantu jelaskan bayaran pengubahsuaian itu terbit rasa bersalah. Takkan asyik-asyik semua nak harap duit dia?
“Gaji dan duit simpanan suami pun berapalah sangat. Tambahan pula, ibu dan bapa mentua saya pun lebih memerlukan wang untuk merawat masalah buah pinggang dan rawatan susulan dialisis.
“Jadi saya tak boleh mementingkan diri sendiri apabila terhimpit dengan dilema sebegitu. Kalau fikir kita susah atau ada masalah, sebenarnya ada lagi yang lebih bergelut,” katanya.
Lama-kelamaan Faziana mula berfikir sesuatu dan mahu mencabar diri supaya tidak terus berada di zon selesa.
“Kemuncak kepada niat saya nak cari duit sendiri tercetus pada tahun 2017 apabila mencuba nasib dengan menggunakan produk keluaran Nurraysa untuk mencari solusi kepada masalah ekzema anak saya.
“Ia akhirnya membuka lembaran baharu untuk saya ‘menggali’ kerja dalam bidang kosmetik.
“Dari suri rumah, saya akhirnya minat berbisnes. Manfaat dan khasiat produk Nurraysa yang mesra wuduk juga buat saya mahu memanjangkannya kepada lebih ramai orang lagi.
“Saya cabar diri jadi ejen jenama itu dan sesuatu yang mengejutkan saya berjaya capai RM10,000 selepas sebulan berjinak-jinak berniaga.
“Selama ini saya tak ada sesen dalam tangan, tapi akhirnya kuasa dan pintu rezeki membolehkan saya hidup senang,” katanya.
Faziana mengakui kehidupannnya berubah 360 darjah dengan izin Tuhan.
“Duit bulanan untuk ibu bapa yang selama ini saya mengharapkan ihsan suami pun akhirnya dapat diserahkan sendiri. Saya berjaya hulurkan wang bulanan kepada mereka setiap bulan.
“Dengan limpahan rezeki yang diterima, saya berjaya mengubah suai rumah sendiri. Saya mampu kumpul duit deposit rumah kedua bersama suami.
“Malah, saya mampu melancong dalam dan luar negara hasil duit berniaga. Tak ketinggalan, saya bangga memiliki kereta pertama sendiri dengan menggunakan slip gaji berniaga,” katanya.
Hasil dedikasi dan ketekunan Faziana memanfaatkan bisnes bersama jenama itu juga berjaya membuatkan dia memperoleh jumlah jualan yang boleh dibanggakan.
“Saya bersyukur pilihan bersama jenama ini dan dibantu bimbingan pengasasnya, Nur Aini Zolkepeli yang tak lokek mengajar dan berkongsi ilmu, memberikan kenikmatan dan kebahagiaan tidak terungkap.
“Platform berbisnes secara jemaah ditawarkan pengasas yang bersemangat membimbing pasukan Nurraysa setiap hari 24 jam tanpa henti juga menjadi galakan dan inspirasi.
“Ilmu dikongsi pengasas itu akhirnya dicurahkan saya kepada pasukan dan bantu sesama sendiri. Bagi yang mahu ikut jejak saya boleh mencari informasi menerusi laman web rasmi mereka,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Usahawan dan selebriti, Neelofa Mohd. Noor bersama suaminya, Muhammad Haris Mohd. Ismail atau PU Riz ke Kelantan baru-baru ini bersempena dengan Majlis Korban Perdana Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan di Tunjong, Kota Bharu.
Menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa, mereka turut menyumbangkan tujuh ekor lembu termasuk dua ekor daripada baka import jenis Charolais bagi tujuan korban.
Ia seterusnya akan diagihkan kepada golongan asnaf di negeri kelahiran bekas hos MeleTOP itu.
Memetik Utusan Online, Neelofa berkata, menerusi majlis korban tersebut, seramai 850 penerima termasuk anggota JBPM Kelantan turut menerima agihan daging berkenaan.
Tambahnya lagi, selain Kelantan majlis korban turut berlangsung di Perak, Kedah dan Selangor.
“Sebanyak 15 ekor lembu dikorban pada tahun ini di semua kawasan terlibat,” katanya dalam sidang akhbar yang turut dihadiri oleh Pengarah JBPM Kelantan Zainal Madasin.
Sementara itu, PU Rizz memberitahu, sebanyak 62 ekor lembu telah dikorbankan sepanjang sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun lalu.
Katanya, jumlah tersebut melibatkan lebih 6,000 penerima yang terdiri daripada golongan asnaf.
“Untuk tahun hadapan, kita sasarkan untuk membantu lebih ramai lagi penerima.
“Kita akan menjalinkan kerjasama dengan agensi lain seperti yang dilakukan dengan JBPM,” katanya.
Terdahulu, Neelofa turut memuat naik momen sepanjang majlis menerusi beberapa lampiran di Insta Story Instagtam miliknya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Utusan Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Selari dengan aspirasi syarikat dalam mengembangkan lagi perniagaan pasca pandemik, Noir Health & Beauty Sdn Bhd (NOIR) nyata komited dalam melahirkan lebih ramai lagi usahawan wanita yang berjaya mengubah status dan taraf hidup mereka.
Noir Circle Meeting (NCM) 2022 yang diadakan di The Ritz Carlton Hotel Kuala Lumpur pada 28hb & 29hb Jun 2022 misalnya menjadi langkah strategik NOIR bagi memastikan kumpulan usahawan Apprentice NOIR terus komited dan faham dengan hala tuju perniagaan NOIR dengan terperinci.
NCM merupakan sesi pembentangan dan perbincangan yang dikendalikan Madammu dan Azri Che Noh sebagai teraju utama NCM 2022 dalam memacu dan membawa para usahawan NOIR ke arah hala tuju perniagaan yang lebih jelas.
Ia diadakan pada setiap 6 bulan tiap tahun oleh pihak syarikat NOIR Health & Beauty Sdn. Bhd. dan dibimbing secara terus oleh pengasasnya, Eriyca Baiduri atau Madammu, selain kursus keusahawanan atas talian yang dijalankan secara konsisten.
NOIR juga komited untuk mencapai angka 1,000,000 pelanggan, 200,000 ahli NOIR yang aktif dan 100 usahawan jutawan menjelang 2025.
Kali ini, Madammu turut berkongsi nilai-nilai yang diperjuangkan oleh setiap usahawan NOIR dengan berpegang kepada nilai BEAUTE iaitu Brave (Berani), Energetic (Bertenaga), Authentic (Asli), Unshakeable (Tidak Mudah Tergugat), Transformation (Transformasi) dan Empower (Memperkasa).
Nilai-nilai ini telah memberikan objektif jelas yang membantu para usahawan NOIR untuk kekal fokus dan komited.
Selain sesi pembentangan hala tuju perniagaan, NCM kali ini turut dimeriahkan dengan majlis apresiasi pencapaian para usahawan wanita NOIR.
NOIR berbangga dengan pencapaian para usahawannya yang berjaya mengecapi impian, mengubah hidup dan memberikan keselesaan kepada keluarga mereka dengan mampu membeli kereta baru, rumah yang lebih selesa, pendapatan yang lumayan dan sebagainya.
Sehingga ke hari ini, NOIR berjaya melahirkan 30,000 wanita yang memilih untuk memulakan perniagaan bersama NOIR sebagai perniagaan pertama mereka.
Diinspirasikan daripada keinginan untuk berkongsi rahsia kecantikan kulit sihat berseri menerusi bahan-bahan premium halal, selamat dan semula jadi, NOIR melestarikan unsur alam ini melalui rangkaian produknya.
Hasilnya, syarikat itu berjaya merangkul anugerah “Produk Penjagaan Kulit Premium Terbaik” dalam Asia Halal Brand Award (AHBA) 2019 selain tersenarai di dalam Nona Top Beauty Entrepreneur 2020.
Malah, Madammu juga diiktiraf sebagai antara 16 usahawan produk kecantikan terkemuka di negara kita dan dipaparkan dalam majalah Nona terbitan Januari 2020.
Seiring dengan kualiti produk premium yang dihasilkan, jenama produk NOIR turut menerima Anugerah Superbrands Malaysia 2020 dalam “Kategori Kesihatan & Kecantikan” satu pengiktirafan yang sangat berprestij bagi syarikat tempatan dalam menghasilkan rangkaian produk penjagaan kulit, kosmetik dan kesihatan yang diyakini serta bermutu tinggi.
NOIR yang juga penerima The BrandLaureate – The World’s BestBrands e-Branding Awards dalam kategori “Cosmetic and Skin Care Solution” 2020 mencuri tumpuan apabila menjadi penaja utama Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL).
A post shared by M A D A M M U (@eriyca.baiduri)
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

