Hiburan

Demi Lovato Kini Sah Bergelar Isteri Jordan Lutes

Share

Penyanyi terkenal antarabangsa, Demi Lovato, 32, sah bergelar isteri kepada Jordan “Jutes” Lutes, 34, dalam satu majlis perkahwinan yang berlangsung secara romantik di California semalam.

Majlis yang diadakan pada Ahad itu menyaksikan Lovato mengenakan busana perkahwinan tempah khas berwarna putih mutiara rekaan pereka fesyen ikonik, Vivienne Westwood.

Gaun tersebut menampilkan potongan korset dan layah tulle bergaya katedral, menyerlahkan elemen klasik yang digabungkan dengan keanggunan moden.

“Saya telah lama meminati rekaan Vivienne Westwood, terutamanya cara siluetnya menyerlahkan bentuk badan serta penggunaan korset yang ikonik,” katanya kepada majalah Vogue.

Pada majlis resepsi, Lovato menukar kepada gaun kedua rekaan Westwood, kali ini berupa gaun kolum satin sutera berwarna gading dengan potongan korset beralun dan hiasan mutiara yang bertaburan dari garis leher.

Demi Lovato ketika sesi fitting baju perkahwinannya.

Lovato menyifatkan busana tersebut sebagai satu rekaan unik yang membuatkan dirinya berasa istimewa.

Sebelum perkahwinan, Lovato sempat berkongsi momen istimewa menerusi laman Instagram sempena sambutan Hari Valentine.

Dalam hantaran tersebut, beliau meluahkan rasa teruja untuk bergelar isteri kepada Lutes dan menyifatkan tiga tahun kebelakangan ini sebagai tempoh terbaik dalam hidupnya.

“Jordan, saya tidak sabar untuk berkahwin dengan kamu. Saya takjub dengan hati kamu, kasih sayang dan cahaya dalam diri kamu,” tulisnya sambil berkongsi gambar mereka berdua bersama sebuah Porsche vintaj.

Pasangan ini mula menjalinkan hubungan pada tahun 2022 selepas bertemu dalam sesi penulisan lagu bagi penerbitan album Holy Fvck

.

Walaupun hubungan mereka terjalin erat sejak awal, kedua-duanya mengambil pendekatan benar-benar saling mengenali sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Published by
MFA