Beberapa hari ini kita mendapat banyak berita selebriti telah dimasukkan ke hospital. Baru-baru ini Mh Online mendapat berita bahawa aktor kacak kelahiran Singapura, Aaron Aziz dimasukkan ke hospital.

Aaron Mustapha Aziz atau lebih dikenali sebagai Aaron Aziz telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Prince Court di ibu negara gara-gara mengalami demam panas yang teruk dan kini sedang terlantar sakit di hospital.

Isteri dan juga merupakan pengurusnya, Diyana Halik berkata suaminya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai penggambaran drama di sebuah lokasi, sebelum suhu badan naik secara mendadak.

Demam Panas, Aaron Aziz Dimasukkan Ke Hospital

IKLAN

Sementara itu, aktor kacak itu juga sempat memuat naik gambar miliknya yang berada di hospital.

IKLAN

“Baru je buat video tentang orang sakit. Semalam tiba-tiba suhu naik 39.3..anak-anak dah nangis. Felt like it was my time to go. Funny thing was at work we talking about #AdamMukhriz bertarung nyawa untuk keluarga.”

 

“Last night ALLAH gave me a lesson I will never forget. It came like the wind and body total shutdown. But in my Head was nothing but my kids n family. Told ALLAH please my work not done. Please don’t take me back like this.” Tulisnya menerusi posting berkenaan.

Perkongsian pelakon drama Tuan Anas Mikael itu telah menerima lebih daripada 29,000 likes setakat ini dan telah menerima reaksi yang pelbagai daripada netizen yang meninggalkan kata yang positif menerusi ruangan komen Instagram pelakon itu.

IKLAN

Rata-rata pengikutnya mendoakan agar aktor itu cepat sembuh dan kembali pulih sepenuhnya.

Demam Panas, Aaron Aziz Dimasukkan Ke Hospital

MH Online harap semuanya akan kembali normal seperti biasa. Apa pun, Aaron jangan ambil mudah dan jangan lupa jaga kesihatan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI