Hiburan

Demam Mona Lisa Belum Tamat, Alpha Terus ‘Meroket’ Lancarkan P. Ramlee & Saloma! Jadi OST Drama Thariq Ridzuan: His Treasure

Share

Selepas mencuri perhatian dengan debut single berjudul Mona Lisa (Bang Bang) yang penuh tenaga dan gaya antarabangsa, kumpulan boy band baharu, Alpha, meneruskan sukses dengan melancarkan single terbaharu!

Lagu P. Ramlee & Saloma pastinya akan membuktikan keupayaan sebenar mereka sebagai kumpulan yang versatil dan berani mencuba kelainan dalam industri muzik tempatan.

Jika Mona Lisa (Bang Bang) menampilkan sisi energetik Alpha, kali ini mereka berani bertaruh dengan P. Ramlee & Saloma, sebuah balada yang penuh emosi,memperlihatkan sisi yang lebih matang dan mendalam.

Diterbitkan sepenuhnya oleh Rocketfuel Entertainment, lagu ini mendapat sentuhan komposer Justin Seow, Mohsein Kush dan RFE.

Lagu tersebut turut menyerlahkan kekuatan vokal setiap anggota Alpha dan sekaligus memperkenalkan identiti unik kumpulan itu sebagai kelompok yang berani mencabar norma serta tampil dengan bunyi tersendiri.

“Alpha adalah bukti nyata bahawa dengan bimbingan dan platform yang betul, kita boleh menghasilkan bintang setaraf antarabangsa,” kata Ketua Rocketfuel Entertainment, Sher Leen Wee.

Dia pada masa dama turut optimis, agar kumpulan ini mampu menembusi pasaran luar dengan strategi dan bimbingan yang tepat.

Dari Big Stage, Alpha Terus Cipta Impak!

Dilahirkan menerusi program realiti Big Stage Alpha, kumpulan yang dianggotai oleh tujuh anak muda berbakat iaitu Daniel, Izat, Rizal, Ariel, Araff, Ray-D dan Sky kini kian matang dalam mencorakkan perjalanan muzik mereka.

Lebih membanggakan, lagu P. Ramlee & Saloma juga telah dipilih sebagai lagu runut bunyi rasmi untuk drama bersiri Astro, Thariq Ridzuan: His Treasure yang kini bersiaran di saluran Astro Ria.

Lebih membanggakan, mereka juga mencipta gelombang tersendiri apabila Mona Lisa (Bang Bang) mencatat lebih 250 ribu tontonan di YouTube setakat ini.

P. Ramlee & Saloma kini sudah boleh dinikmati di semua platform penstriman digital, manakala muzik video rasmi bakal dilancarkan tidak lama lagi di saluran YouTube Rocketfuel.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Published by
Aizam Manaf