Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob dan isterinya, Datin Azrene Ahmad menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-13 semalam.

Lalu bersempena dengan tarikh istimewa mereka, Fazley ada menitipkan ucapan buat isteri tercintanya itu.

Merakam momen saat awal perkahwinan, curahan hati buat isteri tercinta itu dikongsinya menerusi satu potongan video di IG TV miliknya.

“Selamat Ulangtahun perkahwinan yang ke-13. Buat adik sayang @azrene_ahmad, selamat ulang tahun perkahwinan kita, dimana 7 November 13 tahun yang lalu kita telahpun disatukan. Terlalu banyak titisan air mata keperitan dan kepayahan yang menitis di antara kita serta seluruh keluarga kita.

“Insan yang seharusnya mendoakan kekuatan kita, hanya menjadi punca kedukaan kita. Doa insan itu agar kita putus segera, agar kita tak punya cahayamata dan agar Adik dibenci ibu mertua sendiri @rsd.umi, namun Allah Maha Kuasa, 13 tahun kita bertahan.

IKLAN

“Walaupun penuh dengan pelbagai cobaan fizikal dan mistik, namun kita tetap utuh bak pesan arwah Bapak “Perkukuhkan agamamu, kuatkan kasih sayang kalian sepanjang hayat!” Agar segala gangguan tidak akan mampu memecah belahkan kalian sekeluarga. Kita masih bersama dan dikurniakan 4 orang cahaya mata walaupun sehingga 13 kali adik keguguran. Hanya Allah yang Maha mengetahui mengapa ianya berlaku.

“Walau cubaan demi cubaan untuk menganggu gugat hubungan adik dengan ibu @rsd.umi, namun kasih sayang ibu pada adik, dan adik terhadap ibu mertua adik tetap utuh dan teguh. Doa abang, agar kita kekal tabah sehingga ke akhir hayat. Ya benar, dia tetap mencuba pelbagai cara untuk memisahkan kita, namun yakin lah ALLAH MAHA BERKUASA LAGI ADIL DAN SAKSAMA. Selamat Ulangtahun ke -13 Adik sayang,” maklumnya.

IKLAN

Fazley pada masa sama turut mendoakan semua pihak yang berdiri teguh di belakang mereka berdua demi memastikan bahtera perkahwinan berjaya direalisasikan.

Buat mereka yang berdiri teguh di belakang kami, bagi memastikan pernikahan tetap berlangsung, bersabung nyawa, meredah cacian dan hilang punca rezeki dan kehidupan, terima kasih tak terhingga buat kalian semua. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian semua selama ini.

IKLAN

“Ingatlah, benteng dan kekuatan kita ada pada kesungguhan kasih sayang kita sesama keluarga dan tunggak masjid yang kita bina ini adalah keimanan serta solat kita. Love you Adik Sayang!,” tulis Fazley panjang lebar.

Sekadar info, Fazley mendirikan rumah tangga dengan Azrene pada 7 November 2007 dan setakat ini, keduanya dikurniakan rezeki zuriat seramai empat orang iaitu Ahmad Fariedz Shah, 11, Ahmad Fieradz Shah, 10, Ahmad Firudz Shah, 8 dan Alayna Selma, 2.

View this post on Instagram

Buat adik sayang @azrene_ahmad , selamat ulang tahun perkahwinan kita, dimana 7 November 13 tahun yang lalu kita telahpun disatukan. Terlalu banyak titisan air mata keperitan dan kepayahan yang menitis di antara kita serta seluruh keluarga kita. Insan yang seharusnya mendoakan kekuatan kita, hanya menjadi punca kedukaan kita. Doa insan itu agar kita putus segera, agar kita tak punya cahayamata dan agar Adik dibenci ibu mertua sendiri @rsd.umi , namun Allah Maha Kuasa, 13 tahun kita bertahan. Walaupun penuh dengan pelbagai cobaan fizikal dan mistik, namun kita tetap utuh bak pesan arwah Bapak “Perkukuhkan agamamu, kuatkan kasih sayang kalian sepanjang hayat!” Agar segala gangguan tidak akan mampu memecah belahkan kalian sekeluarga. Kita masih bersama dan dikurniakan 4 orang cahaya mata walaupun sehingga 13 kali adik keguguran. Hanya Allah yang Maha mengetahui mengapa ianya berlaku. Walau cubaan demi cubaan untuk menganggu gugat hubungan adik dengan ibu @rsd.umi , namun kasih sayang ibu pada adik, dan adik terhadap ibu mertua adik tetap utuh dan teguh. Doa abang, agar kita kekal tabah sehingga ke akhir hayat. Ya benar, dia tetap mencuba pelbagai cara untuk memisahkan kita, namun yakin lah ALLAH MAHA BERKUASA LAGI ADIL DAN SAKSAMA. Selamat Ulangtahun ke -13 Adik sayang. Buat mereka yang berdiri teguh di belakang kami, bagi memastikan pernikahan tetap berlangsung, bersabung nyawa, meredah cacian dan hilang punca rezeki dan kehidupan, terima kasih tak terhingga buat kalian semua. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian semua selama ini. Ingatlah, benteng dan kekuatan kita ada pada kesungguhan kasih sayang kita sesama keluarga dan tunggak masjid yang kita bina ini adalah keimanan serta solat kita. Love you Adik Sayang! ❤️❤️❤️

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

Foto: Instagram Fazley Yaakob

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI