Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida akur dengan arahan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menghentikan semua aktiviti promosi berkaitan Lavida Coin.

Menerusi satu kenyataannya media di laman Instagramnya, Vida mengatakan bahawa dia akan memberikan kerjasama sepenuhnya berkaitan perkara ini.

“Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh SC pada 5 September 2018, saya dengan rasa rendah diri akur untuk berkerjasama dengan pihak mereka untuk menghentikan semua aktiviti promosi berkaitan Lavida coin sementara penelitian lanjut SC dijalankan.

 

“Pemberhentian promosi ini adalah berkuatkuasa keatas semua saluran media hingga diberitahu kelak.

 

“Di samping itu, saya berharap agar semua pelanggan Lavida Coin bertenang dan tidak gusar kerana notis ini adalah sementara sehingga penelitian lanjut dijalankan. Terima kasih kepada semua atas kerjasama dan sokongan yang diberikan.

 

“Secara khususnya, saya mengharapkan doa berterusan daripada kalian agar semua berjalan lancar dan visi Lavida Coin untuk memacu ekonomi negara menjadi satu kenyataan.

 

“Saya komited untuk memastikan Lavida Coin ini mematuhi segala peruntukan yang digariskan oleh pihak berkuasa dan diurus berdasarkan tadbir urus yang baik bagi memastikan ketelusan dalam pengurusan Lavida Coin.

 

“Sokongan dan kerjasama semua saya dahului dengan ucapan terima kasih,” tulis kenyataan tersebut.

IKLAN

Di ruangan kapsyen juga, kelihatan Vida memohon agar segala urusan berkaitan Lavida Coin dipermudahkan.

IKLAN

“Moga ALLAH SWT mudahkan urusan Lavida Coin, doa ye sayang. Bago bagi sepenuh kerjasama atas arahan SC. Bagi memudahkan pihak mrk membuat penelitian terhadap Lavida Coin,” tulisnya.

Sebelum ini, SC mengeluarkan notis arahan supaya penganjur Lavida Coin untuk menghentikan serta-merta semua aktiviti promosi berkaitan mata wang digital itu.

IKLAN

Pengawal selia pasaran modal Malaysia itu dalam satu kenyataan berkata, ia bagi membolehkan penelitian lanjut mengenai operasi LVC dilaksanakan.

Foto/Instagram: Datuk Seri Vida

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI