MH Online tersedar satu komen di Instagram milik Wak Doyok ada seorang individu meminta maaf secara terbuka kepada ikon fesyen Malaysia yang kini telah bergelar pelakon.

Terkejut, rupanya individu tersebut adalah Datuk Aliff Syukri. Tetapi pelik, mengapa pula secara tiba-tiba Aliff meminta maaf pada Wak Doyok?

Rupa-rupanya Aliff meminta maaf kerana tidak berkesempatan menonton filem Abang Long Fadil 2 yang menampilkan buat pertama kali ‘orang fesyen’ yang terkenal di media sosial ini.

Melalui sebuah posting yang telah di muat naik oleh Wak Doyok sendiri di mana dia meminta pengikutnya untuk memberi sedikit komen tentang mutu lakonannya, Aliff meninggalkan komen ringkas meminta maaf kerana terlalu sibuk dengan kerjayanya.

IKLAN

“Wak soreeeee wak nak sgt gi filem nit p meeting habis lmbat,” tulis Aliff di ruangan komen.

Namun dalam masa yang sama, Aliff turut kagum dan berkongsi ramai memuji filem ini dan turut memberitahu lakonan Wak Doyok di dalam ini sangat terbaik.

Datuk Aliff Syukri Minta Maaf, Puji Wak Doyok Di Instagram Datuk Aliff Syukri Minta Maaf, Puji Wak Doyok Di Instagram

IKLAN

Menyedari apa yang terjadi, Wak Doyok turut memberi respons terhadap pemohonan maaf ini dan mengajak Abang Terlajak Laris ini untuk menonton filem ini bersama-sama.

“@aliffsyukriterlajaklaris nanti kita set gi vvip movie,” balasnya dengan ringkas.

IKLAN

Datuk Aliff Syukri Minta Maaf, Puji Wak Doyok Di Instagram

Terdahulu Wak Doyok pernah berkata dia langsung tidak kisah dan sedia menerima kecaman mahupun apa-apa jenis feedback daripada penonton.

Malah, Wak Doyok turut memberitahu dia akan cuba sebaik yang mungkin untuk menjayakan watak ini sebaiknya.

Apa pun ini adalah satu peluang yang bagus untuk Wak Doyok terus masuk dan menapak di dalam industri seni. Nampaknya tidak sia-sia Datuk Yusof Haslam pujuk Wak Doyok untuk berlakon sejak 2013.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI