Sebelum ini, pelakon Reen Rahim ada mengakui yang dirinya kini sedang rapat dengan seseorang. Malah fotonya bersama individu yang dikatakan sebagai teman lelakinya pernah dimuat naik pelakon berkenaan menerusi media sosial.

Bagaimanapun, Reen mengakui pada ketika ini, dirinya masih tidak meletakkan perkahwinan sebagai fokus utama, apatah lagi dirinya kini sibuk dengan kerjaya dan komitmen terhadap lakonan.

Katanya kepada MH, dia masih tidak ada perancangan serius untuk mendirikan rumah tangga meski mengakui ada merancang untuk berkahwin suatu hari nanti.

IKLAN

“Soal kahwin tu, saya tiada plan lagi. Sama juga macam kerjaya. Saya tidak ada perancangan untuk stop sampai bila. Saya main ‘jalan je’. Jadi begitu juga dengan jodoh. Kalau sudah sampai seru, InsyaAllah,” kongsinya.

Terdahulu, Reen ditemui di lokasi penggambaran filem seram, Town Mall arahan Ahmad Idham. Turut sama berlakon di dalam filem adapatasi novel itu ialah Intan Ladyana dan Datuk Eizlan Yusof.

IKLAN

Kongsi Reen lagi, jika sudah sedia untuk berkahwin, segala persiapan akan diserahkan kepada keluarga untuk uruskan.

IKLAN

“Saya serahkan kepada keluarga. Saya ni seorang yang sederhana dan simple saja,” katanya yang turut menambah, isu kahwin bukanlah suatu persoalan yang asing buat dirinya.

 

“Alah keluarga saya dari umur 22 tanya bila nak kahwin, sekarang dah 30 mereka dah tak kuasa nak tanya,” seloroh Reen yang turut beraksi menerusi siri seram, SuriRam yang bersiaran menerusi Astro Prima dan Maya HD setiap Rabu jam 10.00 malam.

https://www.youtube.com/watch?v=YIqrSU1f238

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI