MH ‘respect’ dengan selebriti yang sering turun padang melawat dan menghulurkan bantuan kepada insan memerlukan.

Misalnya semalam, Anzalna Nasir ada memuat naik video di laman Instagram miliknya melawat kanak-kanak kanser di Hospital Kuala Lumpur.

“Alhamdulillah tahun ini dapat lagi bertemu dengan kanak-kanak syurga ini. 5 tahun berturut-turut melawat wad pediatrik di HKL.

“Ada yang sudah pergi menghadap Ilahi, dan ada yang dah pulang ke rumah masing-masing. Perasaan hiba tetap ada tapi hanya mampu berdoa dan buat mereka happy! ( hopefully diorang happy la) #KidsWithCancer,” kongsinya.

Agak tersentuh hati MH tatkala melihat video tersebut, apa taknya…saat kita sedang bergembira memikirkan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba ini, ada insan yang sedang berperang untuk kelangsungan hidup mereka.

IKLAN

Menerusi ruangan komen, MH lihat ramai netizen memberikan pujian kepada aktres berkenaan.

“Dapat Lagi Bertemu Anak-Anak Syurga Ini” – Anzalna Kongsi Video Lawat Kanak-Kanak Hidap Kanser

IKLAN

“Dapat Lagi Bertemu Anak-Anak Syurga Ini” – Anzalna Kongsi Video Lawat Kanak-Kanak Hidap Kanser

Terdahulu, Anzalna ada melahirkan hasrat untuk menjual lukisan hasil tangannya kepada pembeli yang berminat.

IKLAN

“Dapat Lagi Bertemu Anak-Anak Syurga Ini” – Anzalna Kongsi Video Lawat Kanak-Kanak Hidap Kanser

Sementara wang dari hasil jualan tersebut akan disalurkan kepada badan kebajikan. Lovenya!

Foto: Instagram Anzalna Nasir

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI