Kes melibatkan mayat bayi lelaki berusia sekitar lima bulan yang ditemui di dalam bahagian sejuk beku peti ais di Batu Caves, awal pagi tadi nyata mengejutkan ramai pihak. Lalu, rakyat dinegara ini yang nyata simpati dan terkejut atas kejadian berkenaan memberi pelbagai reaksi, termasuk selebriti.

Isteri pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri misalnya, Datin Seri Nur Shahida yang baru saja melahirkan cahaya mata keempatnya, turut memberi pandangannya.

Katanya yang dipetik menerusi Facebook, dia terkejut dengan apa yang berlaku sambil mengenangkan sikap segelintir masyarakat pada hari ini.

IKLAN

“Drama apa pengasuh ni buat…..x tau lah manusia ke apa dorang ni?….dah jaga anak orang lepas tu meninggal lepas tu sumbat dalam peti ais dan cakap kat parents dia anak dia kena culik….Ya Allah apa nak jadi manusia zaman sekarang.

 

“Hati2 ibu bapa nak hantar anak ke rumah pengasuh dan juga hati2 yg tinggal anak dekat rumah dengan maid…maid pun sekarang ada juga yg baik dan ada yg tidak..rezeki masing2,” tulisnya.

“Dalam Masyarakat Kita Sendiri Banyak Yang Sakit Mental,” – Luah Rasa DS Nur Shahida Isu Jasad Bayi Disimpan Dalam Peti Ais

IKLAN

Sementara itu, Shahida turut mengakui ada individu yang mempunyai masalah mental, hilang hati dan perasaan.

IKLAN

“Dalam kita sibuk mengutuk mencerca orang kita tak sedar dalam masyarakat kita sendiri ni banyak yg sakit mental hilang hati dan perasaan…x ada belas kasihan,” katanya lagi.

Perkongsian berkenaan turut disokong rata-rata para pengikutnya.

Foto: FB & IG Nur Shahida

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI