Pelakon Fikry Ibrahim berkongsi video kejutan yang diterima sempena sambutan hari lahirnya yang ke-26 tahun.
Menerusi video berkenaan, pelakon itu kelihatan cukup terharu dan penuh keterujaan apabila dikejutkan dengan sepotong kek kecil dengan barisan Ironman menyanyikan lagu.
“Dalam keadaan macamni pun hangpa boleh buat suprise, sumpah tak perasan. Nanti aku kenakan hangpa balik!
“Terima kasih semua yang wish dan mendoakan saya! Fikry turn 18 again!,” kongsinya.
Pelakon Abby Abadi ada berkongsi foto suaminya, Muhammad Faizal yang dirakam sedang bermesra dengan bayi terbaru yang dijaga mereka, Maira Darda Farisa yang baru mencecah usia lebih seminggu.
Kongsi bintang Gerak Khas ini, kehadiran permata hati itu merupakan sesuatu yang di luar dari perancangan mereka sekeluarga.
Malah jelasnya lagi, sang suami pada awalnya agak berat untuk mengambil tanggungjawab baru, dipercayai untuk mengambil Darda sebagai anak mereka.
Bagaimanapun, semuanya bergantung kepada rezeki dariNya.
“Abah & Darda. Kehadiran Darda luar dari perancangan. Takde persediaan langsung.
“Abah pun memula cam berat je. Nak pikul amanah & tanggungjawab baru (rajin nanti Sy cerita ye). Ingat last dah @daiyandayana.
“Tapi bila ALLAH dah tulis rezeki kami. Tetap jadi rezeki kami. Alhamdullillah.
“Jadi ada sesiapa nk bagi hadiah tak? Darda takde baju cantik2 ni. Semua Mama dah bg org haritu. Ke buleh shopping Online? Info pease,” pinta Abby.
Terdahulu, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015 itu turut mempunyai dua anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Abby dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Abby dan suami sebelum ini pernah berkongsi berita sedih apabila anak mereka, Muhammad Danial Firman atau Baby D yang dilahirkan dengan berat 535 gram pada 27 September tahun lalu meninggal dunia.
Pelakon dan hos, Roslan Shah merakam rasa syukur apabila tempoh kuarantin yang dilakukan selama 14 hari sudah pun tamat, hari ini.
Menjalani fasa kuarantin di kediamannya di Singapura, bintang ini memaklumkan dia perlu melakukan hal tersebut selepas pulang dari Malaysia 30 Mac lalu bagi membantu mengekang penularan pandemik COVID-19.
“Alhamdulillah Genap 14 Hari cik lan kena Kuarantin Selepas balik dari Malaysia Hari itu 30 March 2020 Dan Hari ini 14 April 2020 Cik lan telah di bebaskan dari Kuarantin walaupun Di Singapura kena Lock down 1 Bulan.
“Cik lan pun kena stay di rumah jugak dam kalau Ada penting Dan Ada Hal baru cik lan boleh keluar rumah setakat pergi kedai dam beli makan boleh aje keluar rumah aje janji kena stay at Home tetap duduk rumah juga,” tulisnya.
Bintang ini pada masa sama turut berkongsi mengenai pengalaman serta situasinya sepanjang melalui tempoh berkenaan.
“Pengalaman 14 Hari Cik lan di Kuaratin Memang tidak dibenarkan keluar langsung kerana pihak Officer datang ke rumah untuk siasat Cik lan Ada di rumah atau tidak kalau cik lan melanggar peraturan cik lan Akan di Denda 10 ribu dollar Dan 6 Bulan di penjara.
“Pihak officer pun boleh tahu Kita pergi ke Mana setiap Hari kita kena buat laporan dari WhatsApp antara Kita Dan ICA Memang itu dah Cara mereka sesiapa keluar rumah semasa di Kuarantin 14 Hari,” jelasnya menerusi satu posting terkini di Instagram.
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami...