Penyanyi muda, Tajul mengakui bukan suatu yang mudah untuk mengumpul peminat bersatu mengundinya menerusi undian TikTok, sebagai pelengkap kepada keputusan keseluruan menerusi program realiti muzik, Big Stage.

Katanya, meski ada yang mempertikaikan dirinya yang sering ‘terselamat’ dek undian online yang tinggi hasil dari aplikasi berkenaan, penyanyi yang popular menerusi lagu Kembalilah Rindu ini menjelaskan, sokongan peminat juga memberi harapan buatnya untuk terus bersaing.

IKLAN

“Ada juga yang saya baca menerusi media sosial, kata saya ni selamat pun sebab TikTok. Sebenarnya bukan senang untuk kekalkan pengundi untuk terus mengundi secara online. Agak susah juga untuk maintain.

 

“Kita pun kerja keras untuk minta peminat undi. Macam contoh, dalam 10 yang kita minta, mungkin hanya satu yang undi. Jadi untuk kekalkan itu, memang susah. Saya perlu keep on posting dan minta mereka untuk terus memberikan sokongan,” katanya kepada MH.

Bagaimanapun, Tajul juga mengakui persembahan yang baik sehingga memikat hati juri profesional juga adalah penting di dalam mempengaruhi prestasi secara keseluruhan.

IKLAN

“Tapi saya faham, kita perlu seimbang, tidak boleh fokus untuk kepuasan peminat sahaja. Ini merupakan pertandingan dan pastinya setiap minggu saya mahu buat yang terbaik untuk pikat hati juri juga.

 

“Cuma mungkin dalam saingan keempat, lagu Amboi macam susah sikit, tapi saya cuba beranikan diri. Apa pun, saya kagum dan hormati dengan para rapper di negara kita sebab memang tak mudah untuk buat rap. Perlu energi dan pernafasan kena juga jaga.

 

“Saya buat sikit pun sudah semput. Itu belum hafal liriknya lagi” jelasnya Tajul.

Foto: Instagram Tajul

IKLAN

https://www.instagram.com/p/Bm3Jeo2lWdJ/?hl=en&taken-by=tajulofficial

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI