
Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025 menyaksikan pelakon dan penyanyi jelita, Daiyan Trisha, mencipta momen gemilang apabila dinobatkan sebagai penerima Ultimate Award pada acara gilang-gemilang yang bersiaran langsung dari Dewan Putra, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.
Ultimate Award ini merupakan penghargaan tertinggi buat figura paling berpengaruh berdasarkan impak positif, momen tular, serta sokongan dan interaksi awam sepanjang tahun.
Tidak hanya itu, Daiyan turut membawa pulang trofi
Selebriti Stailo Terhangat.Sementara itu, penyampai radio Keymi pula meraih Anugerah Pilihan Proton X50 Superstar, sekali gus membawa pulang sebuah Proton X50 baharu.
Anugerah ini diberikan kepada selebriti, KOL dan pencipta kandungan yang menyahut cabaran menghasilkan video paling kreatif bersama model kenderaan tersebut.
Pasangan sensasi Bella Astillah dan Syed Saddiq pula seperti dijangka menggondol trofi Selebriti Couple Goals Terhangat, manakala Che Puan Sarimah Ibrahim dinobatkan sebagai Selebriti Drama Sangat Terhangat.
Untuk Kategori Tonton Original Terhangat, drama Bru diumumkan sebagai pemenang bagi produk Tonton Original Series atau Movies yang bersiaran antara Januari 2024 hingga Jun 2025.
Siti Saleha
pula dinobatkan sebagai Selebriti Ikon Terhangat, manakala Datuk Rosyam Nor menerima pengiktirafan sebagai Selebriti Viral Terhangat.Antara pemenang lain yang turut diraikan termasuk;
Kesemua pemenang dipilih menerusi undian atas talian yang dibuka dari 5 hingga 31 Julai lalu.
Acara AMT 2025 yang menggabungkan populariti dan pengaruh digital ini dikendalikan oleh Ain Edruce dan Fikry Ibrahim.
Ia turut dimeriahkan dengan persembahan hebat daripada barisan artis popular seperti Iman Troye, Ara Johari, Ella, Anuar Zain, Feminin, Hael Husaini
dan ramai lagi.Juga tampil sebagai barisan penyampai trofi ialah bintang terkenal tanah air antaranya Ernie Zakri, Siti Hariesa, Hisyam Hamid, Ziana Zain, Faizal Hussein, Dolla, Syed Saddiq dan Bella Astillah.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini