Pengasas produk yang kini bergelar penyanyi, Nursajat ada memaklumkan menerusi Facebooknya awal malam tadi, memaklumkan dia tidak sabar untuk membina masjid di atas sebidang tanah yang dibelinya tidak lama lagi.

Jika tiada aral, projek berkenaan akan siap sepenuhnya pada tahun hadapan.

Malah tulis penyanyi Makhluk Penggoda itu lagi, selain masjid turut bakal dibina ialah rumah perlindungan anak yatim dan masjid itu juga turut lengkap dengan alat kelengkapan sempurnakan jenazah.

IKLAN

“Tak sabar rasa nya nak bina masjid yang tanah saya beli sendiri keluasan 3 ekar setengah.. Saya nak buat rumah perlindungan anak yatim jugak kat sana.. Klu boleh, kat tempat masjid tu, saya dah sediakan tempat kubur saya bila saya tiada nanti.. In sha allah.

 

“Dalam tahun depan semua yang saya tulis ini akan siap..lokasi biar lah di rahsiakan.. Bila dah siap, saya akan umum kan…doakan baik baik.. Kerana yang baik itu semua nya dari Allah…,” tulisnya.

Pada masa sama, status tersebut turut dikongsikan Sajat di Instagram beserta dengan kapsyen;

“In sha allah….akan siap pada tahun depan 2019..di sana semua kemudahan di sediakan..van jenazah,tempat mandi jenazah,masjid,rumah anak yatim jugak di beri sediakan..lokasi di rahsiakan..nanti dah siap..saya umum kan yer…yang baik datang dari Allah,yang jahat datang dari kita…,” kongsi Sajat.

 

IKLAN

“Dah Sediakan Tempat Kubur Saya Bila Tiada Nanti…,” – Nursajat Rancang Bina Masjid, Rumah Anak Yatim Dan…

IKLAN

Foto: Instagram Sajat

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI