Sejak semalam, nama pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah menjadi bualan hangat gara-gara gurauannya bersama pemain bola sepak, Safee Sali selepas kejayaan pasukan, Kuala Lumpur City memenangi Piala Malaysia pada Selasa.

Dalam gurauannya itu, Shahirah dilihat telah menyebut nama ‘Mail’ yang secara tiba-tiba telah menimbulkan kemarahan di hati segelintir pihak.

“Dah Dia Geng Laki Aku Main Golf,” – Panggilan ‘Mail’ Disalah Tafsir, Sharifah Shahirah Perjelas Perkara Sebenar

Rupa-rupanya, panggilan ‘Mail’ itu merupakan nama panggilan bagi penjaga gol pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Farizal Marlias yang juga merupakan sahabat baik kepada suaminya, Ijoy Azhari.

“Dah Dia Geng Laki Aku Main Golf,” – Panggilan ‘Mail’ Disalah Tafsir, Sharifah Shahirah Perjelas Perkara Sebenar

Ternyata insiden berkenaan hanyalah merupakan salah faham dan tidak merujuk kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga merupakan pemilik JDT seperti yang digembar-gemburkan oleh segelintir pihak.

Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, Shahirah meluahkan rasa kurang senang selepas memaklumkan laman media sosial milik stesen radio, Suria FM turut menerima tempiasnya gara-gara insiden salah faham tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy)

Lantas, Shahirah dilihat sekali lagi membuat penjelasan agar perkara tersebut tidak lagi menimbulkan kekeliruan

IKLAN

“Adoi, dia maki kita dekat tempat kerja lagi. Apa ni diaorang salah bual ni? Nak makan pun tak tenang.

“Mail ni si farizal. Dah tu aku nak panggil Mail Dato Seri ke? Tuan Mail? Encik? Encik mail? Dah dia geng laki aku main golf

“Dah laa fake account. Maki. Tapi nyorok,” tulisnya.

“Dah Dia Geng Laki Aku Main Golf,” – Panggilan ‘Mail’ Disalah Tafsir, Sharifah Shahirah Perjelas Perkara Sebenar “Dah Dia Geng Laki Aku Main Golf,” – Panggilan ‘Mail’ Disalah Tafsir, Sharifah Shahirah Perjelas Perkara Sebenar

Dalam pada itu, penyampai radio, Suria FM itu turut meluahkan rasa keliru mengapa dia perlu membuat permohonan maaf sedangkan dia tidak melakukan sebarang kesalahan.

IKLAN

“Nak kena mintak maaf ke sebab kita artis sendu? Kita tak boleh mintak maaf sebab kami sembang benda betul

“OK Kita mintak maaf sebab. Takde sebab saja suka. Nak tau drama gi ig @supersafee_10 Lain Kita sembang lain di kecam.

“Safee sali jugak tido lena. Lain panas Safi ilias? OK kan semoga dilindungi oleh Allah Kita doakan,” kongsinya lagi.

“Dah Dia Geng Laki Aku Main Golf,” – Panggilan ‘Mail’ Disalah Tafsir, Sharifah Shahirah Perjelas Perkara Sebenar

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Shahirah supaya banyakkan bersabar selain turut menyeru kepada semua pihak untuk selidik terlebih dahulu sebelum membuat sebarang andaian.

IKLAN

“Apalaa diorg ni. Serbu tak baca komen dulu.

“Sabar jela kak Shiera.

“Sume acah-acah je sis. Tak faham kandungan citer main serbu.

“Kak Rara don’t sad! Kami dengar Suria hari-hari kami faham Mail tu siapa as u said today. Diaorang salah faham tadi tu. Tak tahu hujung pangkal. Makan dan tidur dengan lena jeee. Abaikan yang negetif. Love Suria fm,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Pada aksi final yang berlangsung pada Selasa, pasukan Kuala Lumpur City telah berjaya menewaskan JDT dengan jaringan 2-0 sekali gus merangkul piala keramat itu selepas kali terakhir dilakukan pada 32 tahun yang lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Sharifah Shahirah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI